Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

6-12 Mei

MAZMUR 36-37

6-12 Mei

Lagu 87 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Janganlah Marah kerana Orang Jahat”

(10 min.)

Orang jahat menyebabkan banyak penderitaan (Mz 36:​1-4; w17.04 10 ¶4)

Jika kita marah dan menyimpan dendam terhadap “orang jahat,” hal ini merugikan kita (Mz 37:​1, 7, 8; w22.06 10 ¶10)

Kita dapat menikmati kedamaian apabila kita beriman kepada janji Yehuwa (Mz 37:​10, 11; w17.04 10 ¶5, 6)

TANYALAH DIRI, “Adakah saya terlalu bertumpu kepada laporan buruk sehingga saya menjadi terlalu khuatir?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 36:6​—Apakah yang mungkin dimaksudkan oleh pemazmur semasa dia mengatakan bahawa ‘kebaikan Yehuwa seperti gunung-gunung’? (it-1 830)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. (lmd pelajaran 1 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tawarkan pembelajaran Bible kepada seseorang yang pernah menolak tawaran untuk belajar. (lmd pelajaran 9 poin 4)

6. Ceramah

(5 min.) ijwbv 45​—Tema: Apakah Maksud Mazmur 37:4? (th pelajaran 13)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 33

7. Adakah Anda Bersedia untuk “Masa Kesusahan”?

(15 min.) Perbincangan.

Saudara saudari di seluas dunia telah kehilangan harta benda dan orang tersayang akibat bencana alam dan bencana yang disebabkan oleh manusia. Sedihnya, “masa kesusahan” boleh menimpa kita bila-bila saja. (Mz 9:​9, 10) Jadi, kita harus bersiap sedia untuk menghadapi cabaran seperti ini.

Selain membuat persediaan fizikal, a apakah persiapan lain yang dapat bantu kita menangani bencana?

  • Persediaan dari segi mental: Memandangkan bencana boleh berlaku bila-bila masa, fikirkanlah apa yang anda akan lakukan untuk menghadapinya. Janganlah terlalu mencintai harta benda anda supaya anda dapat bertindak dengan bijak semasa bencana berlaku. Utamakan nyawa dan keselamatan diri dan orang lain berbanding harta milik anda. (Kej 19:16; Mz 36:9) Pandangan yang realistik juga dapat mengurangkan tekanan emosi akibat kehilangan harta benda.​—Mz 37:19

  • Persediaan dari segi rohani: Yakinlah bahawa Yehuwa mampu dan ingin menjaga anda. (Mz 37:18) Kita harus selalu ingatkan diri bahawa Yehuwa pasti akan membimbing dan menyokong kita walaupun kita hanya dapat ‘menyelamatkan nyawa kita’ semasa bencana berlaku.​—Yer 45:5; Mz 37:​23, 24

Dengan beriman kepada janji-janji Tuhan, kita menjadikan Yehuwa ‘kubu kita pada masa kesusahan.’​—Mz 37:39.

Mainkan VIDEO Adakah Anda Bersedia Menghadapi Bencana? Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah Yehuwa dapat membantu kita semasa bencana melanda?

  • Apakah langkah persediaan yang dapat kita ambil?

  • Bagaimanakah kita dapat membantu orang lain yang menghadapi bencana?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 9 ¶8-16

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 57 dan Doa

a Lihat majalah Sedarlah! No. 5 2017, muka surat 4-6.