Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kaum Muda—Jangan Berlengah untuk Memasuki “Pintu Besar”

Kaum Muda—Jangan Berlengah untuk Memasuki “Pintu Besar”

Semasa muda, kita mungkin berfikir bahawa kita akan selalu bertenaga dan tidak akan melalui “masa sengsara” yang biasa dialami orang yang lanjut usia. (Pkh 12:1) Sebagai orang muda, adakah anda berasa bahawa anda masih ada banyak masa untuk mengejar matlamat rohani, seperti khidmat sepenuh masa?

Perkara yang tidak diduga “boleh menimpa setiap orang,” termasuk orang muda. (Pkh 9:11) “Kamu tidak tahu apa yang akan berlaku dengan hidup kamu hari esok.” (Yak 4:14) Maka, janganlah berlengah untuk mencapai matlamat rohani anda dan berkhidmat kepada Yehuwa. Masuklah melalui “pintu besar” yang masih terbuka bagi anda. (1Ko 16:9) Anda pasti tidak menyesal!

Matlamat rohani yang boleh dicapai:

  • Menginjil dalam bahasa lain

  • Khidmat perintis

  • Menyertai sekolah teokratik

  • Kerja pembinaan

  • Khidmat Bethel

  • Kerja litar

Senaraikan matlamat rohani anda.