Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | 2 YOHANES 1-13; 3 YOHANES 1-14YUDAS 1-25

Berjuanglah untuk Tetap Berada dalam Kebenaran

Berjuanglah untuk Tetap Berada dalam Kebenaran

Yud 3

Yesus menggesa kita, “Berusahalah sedaya upaya untuk masuk melalui pintu yang sempit.” (Lu 13:24) Hal ini menunjukkan bahawa kita perlu bergelut agar mendapat perkenan Tuhan. Yudas, iaitu adik Yesus, telah diilhami untuk menulis kata-kata ini: “Kamu harus berjuang dengan bersungguh-sungguh demi kepercayaan.” Usaha yang gigih diperlukan untuk melakukan hal yang berikut:

  • Menolak perbuatan seks yang tidak bermoral.​—Yud 6, 7

  • Menghormati mereka yang mengambil pimpinan.​—Yud 8, 9

  • Membina ‘iman yang suci’ berdasarkan ajaran Kristian.​—Yud 20, 21