Musa Mematuhi Perintah dengan Teliti
Yehuwa telah memberikan perintah yang terperinci tentang khemah suci dan ibadat suci. Musa mematuhi semua perintah itu dengan teliti. Begitu juga, kita harus mendengar semua arahan daripada organisasi Yehuwa dan mematuhinya dengan sepenuh hati tanpa berlengah-lengah. Kita perlu berbuat demikian biarpun kita rasa bahawa arahan itu tidak penting atau kita tidak memahami sebab arahan itu diberikan.—Lu 16:10.
Mengapakah kita harus mendengar dan mematuhi arahan . . .
-
semasa perjumpaan aktiviti penyebaran?
-
tentang membuat persediaan bagi kecemasan perubatan?
-
tentang membuat persediaan bagi bencana alam?