Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memberikan Kesaksian menerusi Telefon

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Memberikan Kesaksian menerusi Telefon

MENGAPA PENTING: Memberikan kesaksian menerusi telefon ialah satu cara penting untuk “memberikan kesaksian yang menyeluruh tentang berita baik.” (Kis 20:24) * Kaedah ini membolehkan kita untuk memberikan kesaksian kepada orang apabila keadaan tidak mengizinkan kita untuk berjumpa dengannya.

CARANYA:

  • Buat persediaan. Pilih topik yang sesuai. Kemudian, tuliskan apa yang ingin anda katakan. Anda juga boleh menyediakan mesej ringkas untuk menjelaskan mengapa anda menelefon sekiranya panggilan anda dijawab oleh mesin atau mel suara. Anda boleh duduk dekat meja dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti rangka penyampaian anda, dan alat-alat elektronik yang mempunyai aplikasi JW Library® atau laman web jw.org®

  • Bertenang. Bercakap seperti biasa. Senyumlah dan bercakap seolah-olah anda bersemuka dengan penghuni rumah. Cuba berikan penyampaian anda dengan jelas dan lancar. Anda juga boleh mengajak penyiar lain untuk menyertai anda. Jika penghuni itu menanyakan soalan, ulangi soalan itu dengan kuat supaya penyiar di sebelah anda dapat membantu anda mencari jawapannya

  • Sediakan asas untuk melakukan kunjungan kembali. Jika penghuni itu menunjukkan minat, anda boleh tinggalkan soalan untuk dijawab pada panggilan seterusnya. Anda juga boleh menghantar bahan bacaan kepadanya melalui e-mel atau pos, atau menghantarnya sendiri. Selain itu, anda boleh menghantar pautan video atau rencana kita kepadanya melalui mesej atau e-mel. Jika sesuai, beritahulah orang itu tentang bahan-bahan di laman web kita

^ per. 3 Jika anda dapat membuat kesaksian menerusi telefon di kawasan anda, pastikanlah anda mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi.