KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Terima Kasih Yehuwa kerana Mengasihi Kami
Sidang Tesalonika menunjukkan kasih kepada rakan seiman yang lain, biarpun mereka sendiri menghadapi kesusahan. (2Te 1:3, 4) Umat Yehuwa hari ini juga menunjukkan kasih kepada seluruh persaudaraan Kristian. Siri rencana “Bagaimana Sumbangan Anda Digunakan” di jw.org menunjukkan cara sumbangan anda telah membantu saudara saudari yang menghadapi kesusahan. Kami ingin memuji anda atas kasih dan kemurahan hati anda.
SILA LIHAT VIDEO KAMI SENTIASA “MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA TUHAN UNTUK KAMU.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
• Apakah beberapa aktiviti yang disokong melalui sumbangan kita?
• Apakah cara yang terbaik untuk memberikan bantuan kewangan kepada saudara dan saudari kita yang memerlukannya?—Lihat juga rencana “Kelebihan Dapat Memenuhi Kekurangan” di jw.org