Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

Bantu Pelajar Bible Anda untuk Mendapatkan Makanan Rohani

Bantu Pelajar Bible Anda untuk Mendapatkan Makanan Rohani

Pelajar Bible harus belajar lebih banyak kebenaran dan bukan sekadar bergantung pada apa yang diajarkan guru Bible. Hal ini supaya mereka dapat memenuhi keperluan rohani sendiri dan menjadi matang secara rohani. (Mt 5:3; Ibr 5:12–6:2) Pelajar Bible juga perlu belajar cara mereka boleh mendapatkan makanan rohani.

Sejak awal lagi, tunjukkan cara dan galakkan pelajar Bible anda untuk membuat persediaan bagi pembelajaran Bible. (mwb18.03 6) Galakkan mereka untuk berdoa sebelum memulakan setiap sesi pembelajaran peribadi. Bantu mereka untuk menggunakan alat pembelajaran digital. Terangkan cara untuk mendapatkan bahan terkini di jw.org dan Siaran JW. Secara beransur-ansur, ajar mereka untuk membaca Bible setiap hari, membuat persiapan untuk perjumpaan, dan membuat penyelidikan bagi soalan-soalan mereka. Bantu mereka juga untuk merenungkan apa yang telah dipelajari.

SILA LIHAT VIDEO BANTU PELAJAR BIBLE ANDA UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN ROHANI. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah Neeta membantu Jade memahami bahawa mempelajari Bible bukan sekadar mencari jawapan?

  • Apakah yang membantu Jade yakin bahawa Yehuwa mempunyai hak untuk melarang perbuatan seks yang tidak bermoral?

  • Bantu pelajar anda menerima kebenaran dalam hati dan minda mereka

    Apakah yang Jade sedar tentang perenungan?