Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bagaimanakah Para Saudari Dapat Meluaskan Khidmat Mereka?

Bagaimanakah Para Saudari Dapat Meluaskan Khidmat Mereka?

Para saudari banyak menyumbang kepada kerja Kerajaan Tuhan. (Mz 68:11) Mereka mengadakan banyak pembelajaran Bible. Ramai antara mereka juga berkhidmat sebagai perintis biasa. Beribu-ribu saudari bekerja sebagai ahli Bethel, mubaligh, pekerja sukarela pembinaan atau pembantu pembinaan, dan penterjemah. Saudari-saudari yang matang membina rumah tangga mereka dan sidang. (Ams 14:1) Walaupun para saudari tidak dapat menjadi penatua atau pembantu sidang, mereka boleh menetapkan matlamat rohani. Jika anda seorang saudari, apakah matlamat yang boleh anda tetapkan?

  • Pupuk sifat-sifat rohani.​—1Ti 3:11; 1Pt 3:3-6

  • Bantu saudari-saudari yang kurang berpengalaman di sidang.​—Tit 2:3-5

  • Tingkatkan mutu dan luangkan lebih banyak masa dalam kerja penyebaran

  • Belajar bahasa yang baharu

  • Berpindah ke tempat yang memerlukan bantuan

  • Memohon untuk bekerja di Bethel atau menyertai projek pembinaan teokratik

  • Memohon untuk menyertai Sekolah Latihan Penginjil

SILA LIHAT VIDEO “WANITA-WANITA YANG BEKERJA KERAS UNTUK TUAN YESUS.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah kata-kata tiga orang saudari ini menggalakkan anda?