KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Bersukacitalah semasa Dianiaya
Sebagai orang Kristian, kita tahu kita akan dianiaya. (Yoh 15:20) Walaupun penganiayaan menyebabkan kita menderita secara fizikal dan emosi, kita dapat bersukacita jika kita tabah menghadapinya.—Mt 5:10-12; 1Pt 2:19, 20.
SILA LIHAT VIDEO KITA DAPAT BERSUKACITA BIARPUN . . . DIANIAYA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Daripada pengalaman Saudara Bazhenov, apakah yang anda pelajari tentang pentingnya
-
membaca Bible setiap hari?
-
menerima sokongan daripada rakan seiman? a
-
sentiasa berdoa?
-
menyanyikan lagu teokratik?
-
mengongsikan kepercayaan kita?
a Kita dapat berdoa untuk rakan seiman yang dipenjarakan dan bahkan menyebut nama mereka. Namun, tiada aturan dibuat oleh pejabat cawangan untuk menghantar surat peribadi kita kepada mereka.