Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Doa Kita Sangat Berharga bagi Yehuwa

Doa Kita Sangat Berharga bagi Yehuwa

Doa orang yang setia bagaikan kemenyan wangi yang dibakar secara tetap di Rumah Tuhan. (Mz 141:2) Dalam doa kita, kita boleh luahkan kata-kata penghargaan dan kasih kita kepada Bapa kita yang di syurga. Kita boleh beritahu Dia tentang kerisauan dan keinginan kita serta meminta bimbingan-Nya. Semua ini menunjukkan bahawa kita sangat menghargai persahabatan dengan-Nya. Sememangnya, doa ringkas yang diucapkan semasa perjumpaan ialah hal yang penting bagi Yehuwa. Tetapi Yehuwa sangat gembira apabila kita meluangkan lebih banyak masa untuk berdoa dan meluahkan isi hati kita kepada-Nya.​—Ams 15:8.

SILA LIHAT VIDEO BAGI SAYA, DOA SANGAT PENTING. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah khidmat yang pernah diceburi Saudara Johnson?

  • Bagaimanakah Saudara Johnson bergantung pada Yehuwa melalui doa?

  • Apakah yang anda pelajari daripada pengalaman Saudara Johnson?