KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
“Amalkanlah Tabiat Memberi”
Yesus ajar bahawa jika kita bermurah hati, kita akan mendorong orang lain untuk memberi dan menunjukkan kebaikan hati.—Lu 6:38.
Sebenarnya, sikap suka memberi ialah sebahagian daripada ibadat kita. Yehuwa nampak apabila kita bersikap murah hati dan membantu rakan seiman. Dia berjanji akan memberikan ganjaran kepada orang yang murah hati.—Ams 19:17.
SILA LIHAT VIDEO KAMI BERSYUKUR ATAS KEMURAHAN HATI ANDA. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Bagaimanakah sumbangan anda digunakan untuk membantu saudara saudari?
-
Tidak kira sama ada kita dapat beri banyak atau sedikit, mengapakah kita mahu terus bersikap murah hati?—Lihat juga rencana “Kelebihan Dapat Memenuhi Kekurangan” di jw.org.