Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bagaimanakah Saya Dapat Menyumbang kepada Reputasi Baik Organisasi Yehuwa?

Bagaimanakah Saya Dapat Menyumbang kepada Reputasi Baik Organisasi Yehuwa?

Orang ramai memperhatikan kelakuan Saksi-Saksi Yehuwa. (1Ko 4:9) Jadi kita boleh tanya diri, “Adakah kata-kata dan perbuatan saya memuliakan Yehuwa?” (1Pt 2:12) Sejak dulu lagi, organisasi kita berusaha untuk membina reputasi yang baik dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita tidak mahu melakukan apa-apa yang dapat merosakkan nama baik ini.​—Pkh 10:1.

Dalam situasi berikut, tuliskan reaksi yang sepatutnya kita tunjukkan dan prinsip Bible yang sesuai:

  • Orang yang bukan Saksi memarahi anda

  • Pakaian, kereta, atau rumah anda tidak kemas

  • Undang-undang tempatan nampaknya tidak adil atau susah untuk dipatuhi

Bagaimanakah saudara saudari yang bertanggungjawab membuat penyelidikan dalam Bahagian Penulisan membantu mengharumkan nama baik organisasi kita?

SILA LIHAT VIDEO MENUNJUKKAN KASIH DAN HORMAT UNTUK KEBENARAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN BERIKUT:

Dalam soal mendapatkan maklumat yang tepat, apakah usaha organisasi kita yang buat anda rasa kagum?