Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

16-22 Disember

MAZMUR 119:​57-120

16-22 Disember

Lagu 129 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Bagaimanakah Kita Dapat Bertabah semasa Menghadapi Penderitaan?

(10 min.)

Baca dan belajar Firman Tuhan secara tetap (Mz 119:61; w06-E 6/15 20 ¶2; w00-E 12/1 14 ¶3)

Biarkan cabaran memurnikan anda (Mz 119:71; w06-E 9/1 14 ¶4)

Dapatkan kelegaan daripada Yehuwa (Mz 119:76; w17.07 13 ¶3, 5)

TANYALAH DIRI, “Apakah cara-cara spesifik Yehuwa telah bantu saya menghadapi penderitaan dengan tabah?”

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 119:103​—Bagaimanakah kita dapat memperdalam kasih kita untuk kebenaran Bible? (w17.05 19-20 ¶11-12)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) RUMAH KE RUMAH. Tunjukkan laman web kita, dan berikan kad jw.org. (lmd pelajaran 2 poin 5)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Jemput dia untuk mendengar ceramah umum yang seterusnya. Perkenalkan dan bincangkan video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan? (lmd pelajaran 8 poin 3)

6. Jelaskan Kepercayaan Anda

(5 min.) Demonstrasi. ijwbq 157​—Tema: Apakah yang Dinyatakan dalam Bible tentang Bencana Alam? (lmd pelajaran 3 poin 3)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 128

7. Yehuwa Bantu Kita Bertabah

(15 min.) Perbincangan.

Ketabahan bererti kebolehan untuk bertahan semasa mengalami kesusahan tanpa berputus asa. Seseorang yang tabah juga tetap teguh, ada pandangan yang betul, dan tidak hilang harapan semasa dilanda cabaran. Jika kita bertabah, kita tidak akan “berundur ketakutan” atau membiarkan kesusahan untuk melumpuhkan kita secara rohani. (Ibr 10:​36-39) Yehuwa ingin membantu kita bertabah semasa menghadapi cabaran.​—Ibr 13:6.

Bagi setiap ayat Bible berikut, tuliskan cara Yehuwa membantu kita bertabah.

Mainkan VIDEO Berdoalah dengan Bersungguh-Sungguh untuk Mereka yang Menghadapi Cabaran. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah kita dapat menggunakan jw.org untuk mengetahui keadaan saudara saudari yang sedang menghadapi cabaran?

  • Bagaimanakah ibu bapa dapat melatih anak-anak untuk berdoa bagi orang lain, dan apakah manfaatnya jika anak-anak berbuat demikian?

  • Mengapakah penting untuk memohon agar Yehuwa membantu rakan seiman kita bertabah?

  • Dengan berdoa untuk orang lain, bagaimanakah kita dikuatkan untuk menghadapi cabaran kita?

8. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 32 dan Doa