Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

18-24 November

MAZMUR 107-108

18-24 November

Lagu 7 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. “Bersyukurlah kepada Yehuwa kerana Dia Baik”

(10 min.)

Sepertimana Yehuwa telah menyelamatkan orang Israel daripada kuasa Babilon, Yehuwa menyelamatkan kita daripada dunia Syaitan (Mz 107:​1, 2; Kol 1:​13, 14)

Rasa syukur kepada Yehuwa mendorong kita untuk memuji-Nya di sidang (Mz 107:​31, 32; w07-E 4/15 20 ¶2)

Kita dapat mengekalkan perasaan syukur kepada Yehuwa dengan memikirkan bagaimana Dia memberkati kita (Mz 107:43; w15 15/1 9 ¶4)

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 108:13—Biarpun kita berasa lemah, bagaimanakah kita dapat memperoleh kekuatan? (w23.10 17 ¶20)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. (lmd pelajaran 1 poin 4)

5. Buat Kunjungan

(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Sebut tentang kursus pembelajaran Bible, dan berikan kad kursus Bible. (lmd pelajaran 9 poin 3)

6. Ceramah

(5 min.) ijwyp 90​—Tema: Bagaimanakah Saya Dapat Melawan Fikiran yang Negatif? (th pelajaran 14)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 46

7. Ungkapkan Kesyukuran kepada Yehuwa melalui Nyanyian Kita

(15 min.) Perbincangan.

Selepas Yehuwa menyelamatkan orang Israel daripada askar Mesir di Laut Merah, umat-Nya menyanyikan lagu pujian kepada-Nya. (Kel 15:​1-19) Para lelaki Israel telah mengetuai nyanyian lagu baharu itu. (Kel 15:21) Yesus dan orang Kristian abad pertama juga memuji Tuhan melalui lagu. (Mt 26:30; Kol 3:16) Hari ini, kita bernyanyi semasa perjumpaan, perhimpunan, dan konvensyen untuk mengungkapkan penghargaan kita kepada Yehuwa. Lagu “Kami Bersyukur pada-Mu Yehuwa” yang baru dinyanyikan tadi telah digunakan dalam perjumpaan sejak 1966.

Dalam sesetengah budaya, para lelaki berasa malu untuk bernyanyi di khalayak ramai. Ada juga saudara saudari yang takut bernyanyi kerana mereka rasa suara mereka tidak merdu. Tapi ingatlah bahawa menyanyikan lagu rohani merupakan sebahagian daripada ibadat kita. Organisasi Yehuwa telah pun mencurahkan banyak usaha untuk menggubah lagu yang indah. Lagu-lagu yang dinyanyikan di perjumpaan juga dipilih dengan teliti. Apakah pula peranan kita? Kita hanya perlu bergabung suara untuk meluahkan kasih dan penghargaan kita kepada Yehuwa melalui nyanyian kita.

Mainkan VIDEO Sejarah Kemajuan Umat Tuhan​—Kurniaan Lagu, Bahagian 2. Kemudian tanya hadirin:

  • Apakah peristiwa bersejarah yang berlaku pada 1944?

  • Bagaimanakah saudara saudari di Siberia menunjukkan mereka menghargai penghormatan untuk menyanyikan lagu rohani?

  • Mengapakah menyanyikan lagu rohani begitu penting bagi Saksi-Saksi Yehuwa?

8. Pembelajaran Bible Sidang

(30 min.) bt bab 18 ¶6-15

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 73 dan Doa