30 Disember 2024–5 Januari 2025
MAZMUR 120-126
Lagu 144 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Menabur sambil Mencucurkan Air Mata, Menuai sambil Bersorak Gembira
(10 min.)
Orang Israel sangat gembira semasa mereka dibebaskan dari Babilon untuk memulihkan ibadat sejati (Mz 126:1-3)
Mereka yang kembali ke Yudea mungkin menangis kerana kerja keras yang mereka harus lakukan (Mz 126:5; w04-E 6/1 16 ¶10)
Mereka tidak putus asa dan akhirnya diberkati (Mz 126:6; w21.11 24 ¶17; w01-E 7/15 18-19 ¶13-14; lihat gambar)
UNTUK PERENUNGAN: Selepas mengharungi Armagedon dan dibebaskan daripada sistem dunia ini, kita perlu melakukan kerja pemulihan yang berskala besar. Apakah cabaran yang mungkin kita hadapi dan berkat yang akan diraih pada masa itu?
2. Permata Rohani
(10 min.)
-
Mz 124:2-5—Bolehkah kita harapkan Yehuwa menyelamatkan kita secara fizikal sepertimana Dia lakukan untuk bangsa Israel? (cl 73 ¶15)
-
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan Bible
(4 min.) Mz 124:1–126:6 (th pelajaran 5)
4. Mulakan Perbualan
(3 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. (lmd pelajaran 3 poin 5)
5. Buat Kunjungan
(4 min.) RUMAH KE RUMAH. Pada kunjungan sebelumnya, dia kata dia tidak pasti sama ada Bible boleh dipercayai atau tidak. (lmd pelajaran 9 poin 5)
6. Jadikan Murid
Lagu 155
7. Bersukacitalah kerana Apa yang Dijanjikan Tuhan
(15 min.) Perbincangan.
Yehuwa menunaikan janji-Nya kepada orang Israel yang dibebaskan dari Babilon. Dia menyelamatkan mereka dan menyembuhkan mereka secara rohani. (Yes 33:24) Sepanjang masa mereka ditawan, singa dan binatang buas telah bertambah banyak di tanah air mereka. Namun, Yehuwa melindungi mereka dan ternakan mereka semasa mereka kembali. (Yes 65:25) Mereka dapat menikmati hidup, memiliki rumah sendiri, dan makan hasil dari ladang anggur mereka. (Yes 65:21) Yehuwa memberkati kerja mereka dan memberi mereka umur yang panjang.—Yes 65:22, 23.
Mainkan VIDEO Bersukacitalah kerana Kedamaian yang Dijanjikan oleh Tuhan—Sedutan. Kemudian tanya hadirin:
-
Bagaimanakah nubuat-nubuat ini menjadi kenyataan secara rohani pada hari ini?
-
Bagaimanakah nubuat-nubuat ini menjadi kenyataan di dunia baharu?
-
Apakah janji yang paling anda nantikan?
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) bt bab 20 ¶8-12, kotak pada ms. 183