Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Bantu Pelajar Mencapai Matlamat untuk Membaktikan Diri dan Dibaptis

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Bantu Pelajar Mencapai Matlamat untuk Membaktikan Diri dan Dibaptis

MENGAPA PENTING: Pembaktian dan pembaptisan adalah penting agar seseorang diperkenankan Yehuwa. (1Pt 3:21) Jika dia hidup selaras dengan pembaktiannya, Yehuwa akan memberinya perlindungan rohani. (Mz 91:1, 2) Seorang Kristian tidak membaktikan diri kepada seseorang, sebuah organisasi, atau sesuatu kerja, tetapi kepada Yehuwa. Untuk mencapai matlamat itu, kasih dan penghargaan terhadap Tuhan harus disemai dalam hatinya.—Rm 14:7, 8.

CARANYA:

  • Semasa pembelajaran Bible, bertumpulah kepada sifat-sifat Yehuwa. Galakkannya untuk membaca Bible setiap hari dan “sentiasa” berdoa kepada Yehuwa.—1Te 5:17; Yak 4:8

  • Galakkannya untuk menetapkan matlamat untuk membaktikan diri dan dibaptis. Bantulah dia mencapai matlamat jangka pendek, seperti memberikan komen semasa perjumpaan atau menginjil kepada jiran dan rakan sekerja. Ingatlah, Yehuwa tidak memaksa orang untuk menyembah-Nya. Pembaktian ialah keputusan peribadi.—Ul 30:19, 20

  • Semaikan keinginan dalam hatinya untuk membuat perubahan demi Yehuwa dan melayakkan diri untuk dibaptis. (Ams 27:11) Dia mungkin mempunyai sifat atau tabiat buruk yang berakar dalam dirinya. Maka, dia memerlukan bimbingan untuk menyingkirkan keperibadian lama dan mengenakan keperibadian baharu. (Ef 4:22-24) Kongsikan rencana “Bible Mengubah Hidup” dalam Menara Pengawal

  • Beritahulah dia tentang sukacita yang anda nikmati dalam khidmat anda kepada Yehuwa.—Yes 48:17, 18