Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kempen Istimewa untuk Mengedarkan Majalah Menara Pengawal pada bulan Oktober

Kempen Istimewa untuk Mengedarkan Majalah Menara Pengawal pada bulan Oktober

Orang di seluruh dunia memerlukan kelegaan. (Pkh 4:1) Kita akan menawarkan majalah Menara Pengawal mengenai topik kelegaan sepanjang bulan Oktober. Jadi, berusahalah untuk menawarkan majalah ini sebanyak yang mungkin. Namun, kita tidak akan meninggalkan majalah jika penghuni tiada di rumah. Sebaliknya, kita ingin berjumpa dengan penghuni rumah dan berkongsi mesej yang memberikan kelegaan hati.

ANDA BOLEH BERKATA

“Kita semua memerlukan kelegaan. Tetapi, dari manakah kita boleh mendapatkannya? [Baca 2 Korintus 1:3, 4.] Majalah ini menjelaskan bagaimana Tuhan memberikan kelegaan kepada kita.”

Jika orang itu berminat dan menerima majalah itu, . . .

TUNJUKKAN VIDEO MENGAPA BELAJAR BIBLE?

Kemudian tawarkan pembelajaran Bible.

SEDIAKAN ASAS UNTUK KUNJUNGAN KEMBALI

Tanya soalan yang akan anda jawab pada kunjungan yang seterusnya. Contohnya, “Mengapakah Tuhan mengizinkan penderitaan?