Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ajarkan Kebenaran

Ajarkan Kebenaran

Bermula bulan September, Lembaran Kerja kita akan mengandungi cadangan penyampaian baharu yang bertajuk, “Ajarkan Kebenaran.” Tujuannya adalah untuk membantu kita berkongsi ajaran asas Bible dengan menggunakan satu soalan dan satu ayat Bible.

Jika penghuni rumah berminat, kita boleh membina asas untuk kunjungan kembali dengan menawarkan bahan bacaan kita atau menunjukkan video di jw.org. Berusahalah untuk kembali beberapa hari selepas kunjungan yang pertama agar dapat meneruskan perbincangan dengannya. Cadangan penyampaian baharu ini adalah berdasarkan buku Ajaran Bible. Ayat-ayat dalam kotak ulang kaji boleh digunakan semasa kunjungan kembali atau memulakan pembelajaran dengan menggunakan Bible sahaja. Selain itu, bahagian Jadilah Penginjil yang Lebih Mahir juga akan mengandungi tugasan berdasarkan cadangan penyampaian ini.

Hanya ada satu jalan yang menuju kehidupan. (Mt 7:13, 14) Untuk menarik minat orang daripada pelbagai agama dan latar belakang, kita harus menyampaikan kebenaran Bible yang dapat mencapai hati mereka. (1Ti 2:4) Dengan membiasakan diri untuk membincangkan pelbagai topik Bible, kita dapat mengasah kemahiran untuk “mengajar dan menjelaskan firman yang benar dengan baik.” Hasilnya, sukacita kita akan bertambah dan kita dapat mengajarkan kebenaran dengan jayanya.—2Ti 2:15.