Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Yesus Telah Mati untuk Saudara Anda Juga

Yesus Telah Mati untuk Saudara Anda Juga

Yesus mengorbankan nyawanya untuk orang yang berdosa. (Rm 5:8) Kita masing-masing amat menghargai kasih Yesus dan pengorbanannya demi kita. Namun, kita harus ingat bahawa dia juga mati untuk saudara saudari kita. Seperti Yesus, bagaimanakah kita boleh menunjukkan kasih terhadap rakan seiman yang tidak sempurna? Perhatikan tiga cara ini. Pertama, kita boleh meluaskan lingkungan kawan kita dengan mencari sahabat daripada latar belakang yang berbeza. (Rm 15:7; 2Ko 6:12, 13) Kedua, kita harus berhati-hati agar kelakuan dan kata-kata kita tidak menyinggung perasaan orang lain. (Rm 14:13-15) Ketiga, kita harus cepat memaafkan orang yang bersalah terhadap kita. (Lu 17:3, 4; 23:34) Jika kita berusaha untuk mengikut teladan Yesus, Yehuwa akan terus memberkati sidang dengan kedamaian dan perpaduan.

SILA LIHAT VIDEO JADILAH LEBIH BERPENGERTIAN! KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Pada mulanya, apakah perasaan Miki terhadap sidangnya?

  • Apakah yang telah menyebabkan perasaannya itu berubah?

  • Bagaimanakah teladan Yesus membantu Miki membetulkan pandangannya? (Mr 14:38)

  • Bagaimanakah Amsal 19:11 membantu kita memupuk pandangan yang positif terhadap rakan seiman?