KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Orang Muda—Lakukanlah Perbuatan Baik dengan Semangat yang Berkobar-Kobar
Dalam suratnya kepada Titus, Rasul Paulus menggalakkan orang muda termasuk Titus untuk “menjadi teladan dalam melakukan hal-hal yang baik.” (Tit 2:6, 7) Dia menulis bahawa umat Yehuwa telah dimurnikan agar mereka dapat “berbuat baik dengan semangat yang berkobar-kobar.” (Tit 2:14) Antara perbuatan baik yang boleh dilakukan ialah kerja menginjil dan mengajar tentang Kerajaan Tuhan. Jika anda masih muda, dapatkah anda menggunakan tenaga anda untuk menjadi seorang perintis sokongan atau perintis biasa?—Ams 20:29.
Jika anda ingin menjadi perintis, buatlah rancangan yang realistik terlebih dahulu. (Lu 14:28-30) Contohnya, bagaimanakah anda dapat menyara diri sambil merintis? Bagaimanakah anda dapat memenuhi jumlah masa yang ditetapkan? Berdoalah dan beritahulah Yehuwa tentang situasi anda. (Mz 37:5) Anda boleh berbincang dengan ibu bapa atau perintis lain mengenai rancangan anda. Kemudian, ambillah langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Yehuwa pasti akan memberkati khidmat anda yang dilakukan dengan semangat yang berkobar-kobar.
SILA LIHAT VIDEO KAUM MUDA YANG MENGHORMATI YEHUWA. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Apakah cabaran yang berjaya diatasi oleh saudara saudari yang ingin menjadi perintis? Bagaimanakah mereka melakukannya?
-
Bagaimanakah ibu bapa boleh membantu anak mereka menjadi perintis biasa?
-
Mengapakah penting untuk mempunyai jadual menginjil?
-
Bagaimanakah ahli sidang dapat membantu dan menggalakkan perintis?
-
Apakah berkat yang diraih oleh para perintis?