Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati​—Menolak Sikap Mementingkan Diri dan Tidak Cepat Naik Marah

Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati​—Menolak Sikap Mementingkan Diri dan Tidak Cepat Naik Marah

MENGAPA PENTING: Yesus berkata bahawa kasih ialah tanda pengenal pengikutnya. (Yoh 13:34, 35) Kasih Kristian mendorong kita untuk mengutamakan orang lain dan tidak cepat naik marah.​—1Ko 13:5.

CARANYA:

  • Jika kata-kata atau perbuatan seseorang menyakiti hati kita, berhenti sejenak dan fikirkan mengapa dia bertindak sedemikian. Sebelum kita bertindak, renungkan apa kesannya.​—Ams 19:11

  • Ingat bahawa kita semua tidak sempurna. Kita pasti melakukan atau mengatakan sesuatu yang mungkin kita kesali

  • Selesaikan perselisihan dengan serta-merta

SILA LIHAT VIDEO HENDAKLAH “KAMU SALING MENGASIHI”​—MENOLAK SIKAP MEMENTINGKAN DIRI DAN TIDAK CEPAT NAIK MARAH. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah reaksi Larry semasa mendengar cadangan Tom?

  • Apakah yang membantu Tom untuk mengawal emosinya?

  • Apakah hasil yang diraih apabila Tom menjawab dengan lemah lembut?

Apakah manfaat yang diraih sidang jika kita tidak cepat naik marah?