Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati​—Melindungi Perpaduan yang Terjalin

Kasih Tanda Pengenal Orang Kristian Sejati​—Melindungi Perpaduan yang Terjalin

MENGAPA PENTING: Pada malam sebelum kematiannya, Yesus berdoa agar pengikutnya “menjadi satu.” (Yoh 17:23) Untuk tetap bersatu, kita harus memperlihatkan kasih dan “tidak menyimpan dendam apabila dilukai.”​—1Ko 13:5.

CARANYA:

  • Seperti Yehuwa, carilah kebaikan dalam diri seseorang

  • Maafkan orang lain dengan rela

  • Jika perselisihan sudah diselesaikan, jangan mengungkitnya lagi.​—Ams 17:9

SILA LIHAT VIDEO HENDAKLAH “KAMU SALING MENGASIHI”​—JANGAN MENYIMPAN DENDAM APABILA DILUKAI. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Dalam bahagian pertama video ini, apakah yang menunjukkan bahawa Helen menyimpan dendam?

  • Dalam bahagian kedua video ini, bagaimanakah Helen menyingkirkan fikiran yang negatif dan memupuk pandangan positif?

  • Bagaimanakah Helen menyumbang kepada perpaduan sidang?

Sekiranya kita menyimpan dendam, siapakah yang paling dilukai?