Jauhkanlah Diri daripada Penyembahan Berhala
Nampaknya orang Israel terpengaruh dengan fikiran orang Mesir lalu mula menyembah berhala. Hari ini, jika kita tidak berhati-hati, kita mungkin lebih mengutamakan hal-hal lain sehingga hal-hal itu menjadi seperti tuhan kita. Biarpun kita tidak akan menyembah patung berhala, kita mungkin lebih mengutamakan keinginan diri sendiri sehingga tidak lagi menyembah Yehuwa dengan sepenuh hati.
Apakah aktiviti harian yang dapat membuat saya mengabaikan ibadat saya kepada Yehuwa? Bagaimanakah saya dapat mengelakkan hal ini daripada berlaku?