Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Galakkan Orang yang Berminat untuk Menghadiri Perjumpaan

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Galakkan Orang yang Berminat untuk Menghadiri Perjumpaan

MENGAPA PENTING: Semasa perjumpaan, kita mempunyai kesempatan untuk ‘menyanyikan lagu dan memuji Yehuwa.’ (Mz 149:1) Selain itu, kita juga belajar untuk melakukan kehendak Tuhan. (Mz 143:10) Biasanya, pelajar Bible dan orang yang menunjukkan minat dapat membuat kemajuan rohani apabila mereka menghadiri perjumpaan.

CARANYA:

  • Jemputlah mereka secepat mungkin. Anda tidak perlu menunggu sehingga pembelajaran Bible dimulakan.Why 22:17

  • Jelaskan program perjumpaan kita kepadanya dan apa yang akan dibincangkan pada perjumpaan seterusnya. Anda boleh menggunakan surat jemputan sidang, video Apakah yang Berlaku di Dewan Perjumpaan?, serta pelajaran 5 dan 7 dalam brosur Kehendak Yehuwa

  • Berikanlah bantuan. Adakah dia memerlukan bantuan untuk pergi ke dewan perjumpaan? Adakah dia memerlukan bimbingan untuk memilih pakaian yang sesuai? Anda boleh duduk bersamanya dan kongsi bahan bacaan anda. Perkenalkanlah dia kepada orang lain