Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | MAZMUR 119

Hidup Menurut Perintah Yehuwa

Hidup Menurut Perintah Yehuwa

Untuk hidup menurut perintah Yehuwa, kita harus rela mengikut bimbingan-Nya. Bible mencatatkan banyak teladan baik, misalnya pemazmur ini, yang mentaati Yehuwa dan bersandar pada-Nya.

Sukacita sejati bergantung pada kepatuhan kita terhadap perintah Tuhan

119:1-8

Yosua yakin sepenuhnya terhadap bimbingan Yehuwa. Dia sedar bahawa dia harus mempercayai Yehuwa dengan sepenuhnya agar dapat berjaya dan bersukacita

Firman Tuhan memberi kita keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran

119:33-40

Yeremia bergantung pada Yehuwa dan menunjukkan keberanian meskipun menghadapi kesusahan. Dia hidup sederhana dan melakukan tugasnya dengan tabah

Pengetahuan yang tepat tentang Firman Tuhan memberi kita keyakinan untuk menginjil

119:41-48

Paulus tidak takut untuk berkongsi tentang mesej Tuhan kepada sesiapa pun. Dia yakin bahawa Yehuwa akan membantunya semasa dia menginjil kepada Gabenor Feliks

Saya memerlukan lebih banyak keyakinan semasa menginjil . . .

  • di sekolah

  • di tempat kerja

  • kepada keluarga

  • lain-lain