Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Jika Kanak-Kanak yang Membuka Pintu

Jika Kanak-Kanak yang Membuka Pintu

Jika seorang kanak-kanak membuka pintu, mintalah dia untuk memanggil ibu bapanya. Dengan demikian, kita menghormati ibu bapanya sebagai ketua keluarga. (Ams 6:20) Jika mereka sibuk atau tiada di rumah, kita harus kembali pada masa yang lain. Sekiranya kanak-kanak itu menyuruh kita masuk ke dalam rumah, kita patut menolak jemputannya.

Apabila seorang remaja yang membuka pintu, kita masih patut berjumpa dengan ibu bapanya. Sekiranya mereka tiada atau sibuk, tanyalah sama ada dia diizinkan untuk mengambil bahan bacaan atau tidak. Jika ya, tawarkanlah bahan bacaan kepadanya dan tunjukkan jw.org.

Semasa mengunjungi remaja yang menunjukkan minat, jelaskanlah terlebih dahulu tujuan kita datang kepada ibu bapanya. Kita juga boleh berkongsi nasihat Bible yang bermanfaat bagi keluarga. (Mz 119:86, 138) Sikap hormat dan timbang rasa yang ditunjukkan dapat memberikan tanggapan yang baik kepada ibu bapanya. Kita juga dapat menginjil kepada ahli keluarga yang lain.1Pt 2:12.