Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Mulakan Perbualan agar Dapat Memberikan Kesaksian

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Mulakan Perbualan agar Dapat Memberikan Kesaksian

Yesus memulakan perbualan dengan seorang wanita Samaria, dan hal ini membuka peluang baginya untuk menginjil kepada wanita itu. Bagaimanakah kita dapat mengasah kemahiran untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak kita kenali?

  • Tunjukkanlah keramahan dan cuba berbual dengan orang lain. Walaupun penat, Yesus memulakan perbualan dengan meminta air daripada wanita itu. Anda juga dapat memulakan perbualan dengan bertanya khabar, dan menyebut tentang cuaca atau berita semasa. Matlamat anda adalah untuk memulakan perbualan. Jadi, gunakanlah topik yang mungkin diminati orang itu. Jika dia tidak sudi bercakap, anda boleh memulakan perbualan dengan orang lain. Mintalah keberanian daripada Yehuwa.​—Ne 2:4; Kis 4:29.

  • Carilah peluang untuk mengongsi berita baik, tetapi anda tidak perlu melakukannya secara tergesa-gesa. Cubalah berbual secara santai. Perbualan yang terlalu formal boleh menyebabkan seseorang berasa tidak selesa dan tidak ingin bercakap. Jangan tawar hati jika perbualan tamat sebelum anda dapat berkongsi mesej Bible. Jika anda berasa susah untuk menginjil secara tidak formal, anda boleh berusaha memulakan perbualan tanpa perlu memberikan kesaksian. [Mainkan dan bincangkan video 1.]

  • Ungkapkanlah perasaan anda berkenaan kepercayaan anda. Orang itu mungkin meminta anda untuk menjelaskannya dengan lebih lanjut. Hal ini membuka peluang bagi anda untuk memberikan kesaksian. Yesus menggunakan kata-kata yang membangkitkan minat wanita Samaria itu. Maka, wanita itu tergerak untuk menanyakan soalan dan Yesus dapat memperkenalkan berita baik sewaktu menjawab pertanyaannya. [Mainkan dan bincangkan video 2. Kemudian, mainkan dan bincangkan video 3.]