17-23 September
YOHANES 5-6
Lagu 2 dan Doa
Kata-Kata Pembuka (3 min. atau kurang)
HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN
“Ikutlah Yesus dengan Motif yang Betul”: (10 min.)
Yoh 6:9-11—Yesus memberikan makanan kepada orang ramai secara mukjizat (nwtsty nota pembelajaran untuk Yoh 6:10)
Yoh 6:14, 24—Mereka yakin bahawa Yesus ialah Mesias lalu mencarinya pada keesokan hari (nwtsty nota pembelajaran untuk Yoh 6:14)
Yoh 6:25-27, 54, 60, 66-69—Mereka tersandung setelah mendengar kata-kata Yesus kerana mereka mengikut Yesus dan murid-muridnya dengan motif yang salah (nwtsty nota pembelajaran untuk Yoh 6:27, 54; w05 1/9 21 per. 13-14)
Mencari Permata Rohani: (8 min.)
Yoh 6:44—Bagaimanakah Bapa memimpin orang kepada-Nya? (nwtsty nota pembelajaran)
Yoh 6:64—Yesus tahu Yudas akan mengkhianatinya “dari mula lagi.” Apakah maksudnya? (nwtsty nota pembelajaran)
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah yang anda pelajari mengenai Yehuwa?
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani lain yang telah anda temui?
Pembacaan Bible: (4 min. atau kurang) Yoh 6:41-59
JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR
Kunjungan Pertama: (2 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan sebagai pengenalan. Atasi penghalang perbualan yang biasa diajukan di kawasan anda.
Kunjungan Kembali: (3 min. atau kurang) Gunakan cadangan topik perbualan sebagai pengenalan. Penghuni rumah memberitahu anda bahawa dia beragama Kristian.
Video bagi Kunjungan Kembali yang Kedua: (5 min.) Mainkan dan bincangkan video.
KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Apakah Hasil yang Anda Raih?: (5 min.) Perbincangan. Jemput hadirin untuk menceritakan pengalaman mereka semasa mencuba untuk memulakan perbualan agar dapat memberikan kesaksian.
“Tiada Apa-Apa yang Dibazirkan”: (10 min.) Perbincangan. Mainkan video Reka Bentuk Bangunan Mesra Alam Memuliakan Yehuwa—Sedutan.
Pembelajaran Bible Sidang: (30 min.) jy bab 31
Ulang Kaji Diikuti Sorotan Minggu Depan (3 min.)
Lagu 139 dan Doa