Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Teruslah Melatih Daya Penilaian Anda

Teruslah Melatih Daya Penilaian Anda

Seorang ahli sukan perlu terus berlatih supaya dia tetap mahir. Begitu juga, kita perlu berusaha untuk terus melatih daya penilaian kita. (Ibr 5:14) Walaupun lebih senang untuk mengikut keputusan orang lain, kita perlu menggunakan daya fikiran kita dan membuat keputusan sendiri. Mengapa? Kerana kita masing-masing bertanggungjawab kepada Tuhan.​—Rm 14:12.

Janganlah fikir bahawa kita akan membuat keputusan yang baik hanya kerana kita sudah dibaptis buat masa yang lama. Untuk membuat keputusan yang bijak, kita harus bergantung sepenuhnya pada Yehuwa, Firman-Nya, dan organisasi-Nya.​—Yos 1:7, 8; Ams 3:5, 6; Mt 24:45.

SILA LIHAT VIDEO “HENDAKLAH HATI NURANI KAMU SENTIASA BERSIH.” KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah keputusan yang perlu dibuat oleh Emma?

  • Mengapakah kita tidak patut memberikan pandangan peribadi mengenai hal yang berkait dengan hati nurani?

  • Apakah nasihat baik yang diterima oleh Emma daripada sepasang suami isteri?

  • Di manakah Emma mendapat maklumat yang berkait dengan situasinya?