Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR | TINGKATKAN SUKACITA DALAM AKTIVITI PENYEBARAN

Gunakan Alat Penyelidikan

Gunakan Alat Penyelidikan

Yehuwa telah memberi kita alat-alat untuk mengajar dengan mahir. Dia telah memberi kita video, risalah, majalah, brosur, buku, dan alat utama kita, iaitu Bible. (2Ti 3:16) Dia juga menyediakan alat-alat penyelidikan yang membantu kita menerangkan Firman-Nya. Contohnya, Watchtower Library, aplikasi JW Library®, PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower, dan Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa.

Anda akan meraih sukacita apabila menemui permata rohani semasa mengkaji bahan yang tersedia. Latihlah pelajar anda untuk menggunakan alat penyelidikan. Dengan demikian, mereka juga akan bersukacita semasa menemui jawapan Bible kepada soalan mereka.

SILA LIHAT VIDEO RAIHLAH SUKACITA DALAM KERJA MENJADIKAN ORANG MURID YESUS​—TERIMA BANTUAN YEHUWA—​ALAT PENYELIDIKAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah persoalan Jade tentang penciptaan?

  • Di manakah Neeta menemui maklumat tentang topik itu?

  • Kita bersukacita semasa menemui dan mengongsikan permata rohani

    Bagaimanakah Neeta memilih maklumat yang sesuai bagi Jade?

  • Apakah manfaat yang diraih oleh Neeta setelah menggunakan alat penyelidikan kita?