Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Sebarkan Berita bahawa Dunia yang Lebih Baik Semakin Dekat!

Sebarkan Berita bahawa Dunia yang Lebih Baik Semakin Dekat!

Pada bulan November, kita akan mengadakan kempen istimewa untuk menyebarkan berita bahawa dunia yang lebih baik akan tiba tidak lama lagi. (Mz 37:10, 11; Why 21:3-5) Aturlah jadual anda agar anda dapat menyertai kempen ini. Jika anda menjadi perintis sokongan pada bulan ini, anda dapat memilih untuk merintis sebanyak 30 atau 50 jam.

Kongsi ayat Bible tentang dunia baharu dengan seramai orang yang mungkin. Semasa memilih ayat Bible, fikirkan apa yang akan menarik minat orang di kawasan anda. Jika seseorang menunjukkan minat pada kunjungan pertama, berinya Menara Pengawal edisi umum No. 2 2021. Kemudian buatlah kunjungan kembali secepat yang mungkin, dan cuba mulakan pembelajaran Bible dengan menggunakan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya! Sememangnya, kita bersukacita kerana dapat mencurahkan sepenuh tenaga dalam kerja “membawa berita baik tentang sesuatu yang lebih baik”!​—Yes 52:7.

SILA LIHAT VIDEO LAGU ASAL DI DUNIA YANG BARU. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah harapan menakjubkan yang dibayangkan oleh gadis kecil itu?

  • Apakah yang anda nanti-nantikan di dunia yang baharu?

  • Bagaimanakah merenungkan harapan dunia baharu mempersiapkan anda untuk menyertai kempen bulan November ini dengan sepenuhnya?​—Lu 6:45