Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Ciri-Ciri Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Ciri-Ciri Nikmati Hidup Selama-Lamanya!

Adakah anda suka video dan soalan-soalan dalam buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! serta ciri-ciri “Ada Orang Kata,” “Matlamat,” dan “Jom Belajar”? Apakah ciri-ciri lain yang dapat membantu anda semasa mengendalikan pembelajaran Bible?​—Mt 28:19, 20.

Media: Jika anda menggunakan edisi bercetak untuk pembelajaran Bible, bagaimanakah anda dapat mencari semua bahan media yang diperlukan? Anda boleh pilih salah satu daripada empat bahagian dalam edisi digital. Di bahagian bawah senarai tajuk pelajaran, anda boleh lihat bahan media untuk bahagian tersebut. (Lihat gambar 1.)

Tetapan “Edisi Cetak”: Jika anda sedang belajar dengan seseorang menggunakan alat elektronik, anda boleh guna tetapan “Edisi Cetak” dari masa ke masa. Paparan ini akan bantu anda untuk melihat bagaimana bahagian yang dibincangkan berkaitan dengan tema pelajaran. Klik pada tiga titik kecil di bahagian atas halaman dan pilih “Edisi Cetak.” Untuk kembali ke edisi digital, klik pada tiga titik kecil yang sama dan pilih “Edisi Digital” atau klik ikon di bahagian bawah halaman.

“Sudahkah Saya Bersedia?”: Kotak-kotak di bahagian hujung buku menyatakan syarat-syarat bagi seseorang yang ingin menginjil bersama sidang dan dibaptis. (Lihat gambar 2.)

Penjelasan: Bahagian ini memberikan maklumat tambahan tentang beberapa topik yang penting. Edisi digital mempunyai pautan di akhir setiap penjelasan. Anda boleh klik padanya untuk kembali ke pelajaran yang sedang dibincangkan. (Lihat gambar 2.)

Seluruh buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! haruslah dibincangkan meskipun pelajar sudah dibaptis. Anda boleh melaporkan masa, kunjungan kembali, dan pembelajaran Bible sehingga buku ini selesai dibincangkan. Jika penyiar lain menyertai anda dan mengambil bahagian dalam pembelajaran itu, dia juga boleh mengira masa.