KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Sementara Menantikan Pembangkitan Menjadi Realiti
Semasa orang tersayang meninggal, harapan pembangkitan dapat melegakan hati kita. Walaupun begitu, dosa dan kematian dapat menyebabkan penderitaan yang membuat kita rasa lemas dan hancur hati. (Yes 25:7, 8) Itulah sebabnya Bible kata “semua ciptaan sama-sama mengerang dan menderita kesakitan.” (Rm 8:22) Sementara menantikan harapan pembangkitan menjadi realiti, bagaimanakah kita dapat terus bertabah apabila orang tersayang meninggal? Prinsip-prinsip Bible dapat membantu kita.
SILA LIHAT VIDEO APABILA ORANG TERSAYANG MENINGGAL. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
-
Ceritakan perasaan Danielle, Masahiro, dan Yoshimi selepas orang tersayang mereka meninggal.
-
Bagaimanakah lima cadangan yang praktikal dalam video itu telah membantu mereka?
-
Siapakah Sumber kelegaan kita?—2Ko 1:3, 4