Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Yehuwa Menyelamatkan Orang yang Patah Semangat

Yehuwa Menyelamatkan Orang yang Patah Semangat

Dari masa ke masa, kita semua mungkin rasa sedih. Namun, hal ini tidak bermaksud kita lemah secara rohani. Bahkan Yehuwa pun kadangkala rasa sedih. (Kej 6:​5, 6) Tapi, bagaimana pula jika kita sering dibelenggu kesedihan?

Berdoalah kepada Yehuwa untuk bantuan-Nya. Yehuwa sangat prihatin terhadap keadaan mental dan emosi kita. Dia tahu apabila kita rasa gembira atau sedih. Dia faham sebabnya kita berfikir atau berasa sedemikian. (Mz 7:9b) Yehuwa benar-benar mengambil berat tentang kita, dan Dia ingin bantu kita menangani kemurungan atau kesedihan kita.—Mz 34:18.

Jagalah kesihatan mental kita. Perasaan yang negatif dapat membuat kita hilang sukacita dan menjejaskan ibadat kita. Maka, kita harus berusaha melindungi hati dan minda kita.—Ams 4:23.

SILA LIHAT VIDEO CARA RAKAN SEIMAN KITA MENIKMATI KEDAMAIAN MESKIPUN DIBELENGGU KEMURUNGAN. KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah hal-hal praktikal yang Nikki lakukan untuk menangani masalah kemurungan?

  • Mengapakah Nikki rasa bahawa dia perlu mendapatkan rawatan?—Mt 9:12

  • Apakah yang Nikki lakukan untuk menunjukkan bahawa dia bergantung pada bantuan Yehuwa?