Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Bergantunglah pada Yehuwa semasa Dibuli

Bergantunglah pada Yehuwa semasa Dibuli

Seseorang yang dibuli mungkin mengalami kesan buruk dari segi fizikal dan emosi. Bahkan kerohaniannya juga mungkin terjejas jika si pembuli menentang ibadatnya. Bagaimanakah anda dapat melindungi diri daripada si pembuli?

Ramai penyembah Yehuwa berjaya untuk menangani masalah buli dengan bergantung pada Yehuwa. (Mz 18:17) Contohnya, Ester harus berdepan dengan seorang musuh Tuhan dan pembuli yang bernama Haman. Tetapi Ester dengan berani mendedahkan rancangan jahat Haman kepada raja. (Es 7:​1-6) Sebelum itu, dia juga berpuasa untuk menunjukkan bahawa dia bergantung pada bantuan Yehuwa. (Es 4:​14-16) Yehuwa memberkati usaha Ester dan melindunginya dan orang Yahudi.

Anak muda sekalian, jika anda dibuli, mintalah bantuan Yehuwa. Selain itu, beritahulah masalah anda kepada orang dewasa yang dapat dipercayai, seperti ibu bapa anda. Yakinlah bahawa Yehuwa akan membantu anda sepertimana Dia membantu Ester. Apakah tip lain yang dapat membantu anda semasa dibuli?

SILA LIHAT VIDEO KEHIDUPAN REMAJAKU—BAGAIMANAKAH JIKA SAYA DIBULI? KEMUDIAN JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Apakah yang kaum muda dapat belajar daripada contoh Charlie dan Ferin?

  • Daripada kata-kata Charlie dan Ferin, bagaimanakah ibu bapa dapat bantu anak-anak mereka jika mereka dibuli?