Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

2-8 September

MAZMUR 79-81

2-8 September

Lagu 29 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN

1. Tunjukkan Kasih kepada Nama Yehuwa yang Mulia

(10 min.)

Jauhilah perbuatan yang memburukkan nama Yehuwa (Mz 79:9; w17.02 9 ¶5)

Serulah nama Yehuwa (Mz 80:18; ijwbv 3 ¶4-5)

Yehuwa memberikan berkat yang melimpah kepada mereka yang menunjukkan kasih kepada nama-Nya dan mentaati-Nya (Mz 81:​13, 16)

Apabila kita beritahu orang bahawa kita ialah Saksi-Saksi Yehuwa, kelakuan baik kita dapat mengharumkan nama Yehuwa

2. Permata Rohani

(10 min.)

  • Mz 80:1​—Mengapakah nama Yusuf kadangkala digunakan untuk mewakili semua suku Israel? (it-2-E 111)

  • Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?

3. Pembacaan Bible

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

4. Mulakan Perbualan

(1 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 4 poin 4)

5. Mulakan Perbualan

(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 4 poin 3)

6. Mulakan Perbualan

(2 min.) KESAKSIAN DI TEMPAT AWAM. Tawarkan pembelajaran Bible. (lmd pelajaran 3 poin 3)

7. Buat Kunjungan

(5 min.) RUMAH KE RUMAH. Tawarkan pembelajaran Bible kepada seseorang yang pernah menolak tawaran untuk belajar. (lmd pelajaran 8 poin 3)

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Lagu 10

8. “Mereka Semua Akan Menyucikan Nama-Ku”

(15 min.) Perbincangan.

Semasa di Taman Eden, Syaitan telah mencela nama Yehuwa. Sejak itu, para malaikat dan manusia perlu memilih sama ada untuk menyucikan nama Tuhan atau tidak. Inilah keputusan yang paling penting yang kita semua perlu buat.

Perhatikan beberapa dusta yang Syaitan katakan tentang Yehuwa. Dia menuduh Yehuwa ialah pemerintah yang zalim dan tidak pengasih. (Kej 3:​1-6; Ayb 4:​18, 19) Syaitan mendakwa bahawa para penyembah Yehuwa tidak mengasihi-Nya dengan ikhlas. (Ayb 2:​4, 5) Dia juga telah menyebabkan berjuta-juta orang untuk percaya bahawa bumi kita yang indah tidak diciptakan oleh Yehuwa.​—Rm 1:​20, 21.

Apakah perasaan anda apabila dengar dusta-dusta itu? Sudah pasti, anda ingin mempertahankan nama Yehuwa dan memberitahu kebenaran tentang-Nya! Yehuwa tahu bahawa umat-Nya bersedia untuk membela nama-Nya. (Yes 29:23) Bagaimanakah anda dapat melakukannya?

  • Bantu orang untuk mengenali dan mengasihi Yehuwa. (Yoh 17:​25, 26) Bersiap sedia untuk menunjukkan bukti bahawa Tuhan wujud dan ajarlah mereka tentang sifat-sifat-Nya.​—Yes 63:7

  • Kasihilah Yehuwa dengan sepenuh hati. (Mt 22:​37, 38) Taatilah Yehuwa bukan hanya untuk mendapatkan manfaatnya tapi kerana anda ingin menggembirakan hati-Nya.​—Ams 27:11

Mainkan VIDEO Kasih Tidak Pernah Gagal meskipun . . . Menghadapi Pengaruh Buruk di Sekolah. Kemudian tanya hadirin:

  • Bagaimanakah Ariel dan Diego mempertahankan nama Yehuwa?

  • Mengapakah mereka ingin mempertahankan Yehuwa?

  • Bagaimanakah anda dapat meniru teladan mereka?

9. Pembelajaran Bible Sidang

Kata-Kata Penutup (3 min.) | Lagu 90 dan Doa