7-13 Oktober
MAZMUR 92-95
Lagu 84 dan Doa | Kata-Kata Pembuka (1 min.)
1. Menyembah Yehuwa ialah Cara Hidup yang Terbaik!
(10 min.)
Yehuwa layak menerima penyembahan kita (Mz 92:1, 4; w18.04 26 ¶5)
Dia bantu umat-Nya membuat keputusan yang mendatangkan kebahagiaan (Mz 92:5; w18.11 20 ¶8)
Dia menghargai saudara saudari yang terus berkhidmat kepada-Nya walaupun sudah tua (Mz 92:12-15; w20.01 19 ¶18)
TANYALAH DIRI, “Apakah yang menghalang saya daripada membaktikan diri kepada Yehuwa dan dibaptis?”
2. Permata Rohani
(10 min.)
-
Mz 92:5—Bagaimanakah ayat Bible ini menggambarkan kebijaksanaan Yehuwa dengan tepat? (cl 176 ¶18)
-
Berdasarkan pembacaan Bible minggu ini, apakah permata rohani yang ingin anda kongsi?
3. Pembacaan Bible
(4 min.) Mz 94:1-23 (th pelajaran 5)
4. Mulakan Perbualan
(4 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Halakan perbualan supaya anda dapat memberitahunya tentang kerja yang anda lakukan sebagai guru Bible. (lmd pelajaran 5 poin 3)
5. Buat Kunjungan
(3 min.) KESAKSIAN TIDAK FORMAL. Tawarkan pembelajaran Bible kepada seseorang yang pernah menolak tawaran untuk belajar. (lmd pelajaran 8 poin 4)
6. Jadikan Murid
(5 min.) Adakan perbincangan dengan pelajar Bible yang tidak membuat kemajuan. (lmd pelajaran 12 poin 5)
Lagu 5
7. Bantuan bagi Kaum Muda yang Mengalami Kekhuatiran Melampau
(15 min.) Perbincangan.
Semua orang yang menyembah Yehuwa tidak kebal terhadap kekhuatiran. Contohnya, Daud juga pernah rasa khuatir beberapa kali dalam hidupnya. (Mz 13:2; 139:23) Sedihnya, kaum muda juga boleh rasa sangat khuatir. Kadangkala, kekhuatiran dapat menyebabkan orang muda rasa susah untuk melakukan aktiviti biasa, seperti menghadiri sekolah dan perjumpaan Kristian. Sesetengah daripada mereka juga mungkin mengalami serangan panik atau rasa ingin bunuh diri.
Kaum muda, jika anda dilanda kekhuatiran yang melampau, beritahulah perasaan anda kepada ibu bapa atau orang dewasa yang matang. Ingatlah untuk meminta bantuan Yehuwa melalui doa. (Flp 4:6) Dia akan bantu anda. (Mz 94:17-19; Yes 41:10) Perhatikanlah contoh Steing.
Mainkan VIDEO Yehuwa Ambil Berat tentang Saya. Kemudian tanya hadirin:
• Apakah ayat Bible yang membantu Steing, dan mengapa?
• Bagaimanakah Yehuwa menunjukkan Dia mengambil berat dan mengasihi Steing?
Ibu bapa, bantulah anak-anak anda untuk menangani kekhuatiran mereka. Anda boleh dengar luahan hati mereka dengan sabar, tunjukkan kasih kepada mereka, dan bantu mereka yakin bahawa Yehuwa benar-benar mengasihi mereka. (Tit 2:4; Yak 1:19) Bergantunglah pada Yehuwa untuk mendapatkan kelegaan dan kekuatan yang anda perlukan untuk menyokong anak-anak anda.
Kita mungkin tidak tahu bahawa seseorang dalam sidang sedang mengalami kekhuatiran yang melampau. Kita juga mungkin susah untuk faham perasaan yang dia alami. Namun, kita dapat memberikan sokongan kepada setiap individu dengan membuat mereka rasa dikasihi dan sebahagian daripada sidang.—Ams 12:25; Ibr 10:24.
8. Pembelajaran Bible Sidang
(30 min.) bt bab 16 ¶6-9, kotak pada ms. 150