Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kuatkan Tekad Anda

Kuatkan Tekad Anda

Kuatkan Tekad Anda

“Anda mesti ada tekad yang kuat untuk berjaya berhenti merokok.”​—Buku “Stop Smoking Now!”

UNTUK berhenti merokok, anda mesti ada dorongan yang kuat untuk melakukannya. Bagaimanakah anda dapat menguatkan tekad anda? Satu cara adalah dengan memikirkan manfaat jika anda berhenti merokok.

Jimat wang. Sekotak rokok sehari memakan kira-kira ribuan dolar setahun. “Saya tidak sedar saya sudah habiskan banyak duit untuk rokok.”​—Gyanu, Nepal.

Hidup yang lebih gembira. “Hidup saya semakin baik setelah saya berhenti merokok.” (Regina, Afrika Selatan) Apabila orang berhenti merokok, deria rasa dan hidu mereka menjadi semakin peka, mereka mempunyai lebih banyak tenaga, dan penampilan pun kelihatan lebih menarik.

Kesihatan mungkin lebih baik. “Membuang tabiat merokok dapat membawa manfaat kesihatan yang besar.”​—Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit A.S.

Keyakinan diri bertambah. “Saya tidak mahu menjadi hamba kepada rokok.”​—Henning, Denmark.

Melindungi kesihatan keluarga dan kawan. “Merokok . . . menjejaskan kesihatan orang di sekeliling anda. . . . Kajian menunjukkan bahawa setiap tahun, ribuan orang mati akibat barah paru-paru dan penyakit jantung kerana menghidu asap rokok orang lain.”​—Persatuan Kanser Amerika.

Menyenangkan hati Tuhan. Bible menggalakkan kita, “Sucikanlah diri daripada segala yang menajiskan tubuh.” (2 Korintus 7:1, Alkitab Versi Borneo) ‘Persembahkan tubuh kamu sebagai korban yang suci dan yang menyenangkan hati Tuhan.’​—Roma 12:1.

“Apabila saya belajar bahawa Tuhan tidak mahu kita mencemari tubuh kita, saya membuat keputusan untuk berhenti merokok.”​—Sylvia, Sepanyol.

Selain dorongan yang kuat, kita perlukan sokongan orang lain. Bagaimanakah keluarga dan kawan-kawan dapat membantu kita?