Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Dunia penuh dengan penderitaan, tetapi adakah Tuhan yang menyebabkannya?

Apakah Ajaran Bible?

Apakah Ajaran Bible?

Adakah Tuhan menyebabkan penderitaan?

Apakah jawapan anda?

  • Ya

  • Tidak

  • Mungkin

Jawapan Bible

“Mustahil bagi Tuhan yang benar untuk melakukan hal yang jahat; Dia Yang Maha Kuasa pasti tidak akan berbuat salah!” (Ayub 34:10, NW) Tuhan tidak menyebabkan kejahatan dan penderitaan yang berlaku di dunia ini.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Syaitan Si Iblis ialah “pemerintah dunia ini” dan penyebab utama bagi penderitaan.​—Yohanes 14:30.

  • Penderitaan dan kejahatan juga disebabkan oleh pilihan buruk orang.​—Yakobus 1:14, 15.

Adakah penderitaan akan berakhir?

Sesetengah orang percaya bahawa manusia dapat melenyapkan penderitaan jika mereka berganding bahu, yang lain pula berasa bahawa tiada harapan untuk dunia menjadi lebih baik. Apakah pendapat anda?

Jawapan Bible

Tuhan akan melenyapkan penderitaan. “Kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi.”​—Wahyu 21:3, 4.

Hal lain yang kita pelajari daripada Bible

  • Tuhan akan menggunakan Yesus untuk melenyapkan penderitaan yang disebabkan oleh Si Iblis.​—1 Yohanes 3:8.

  • Orang baik akan menikmati kedamaian buat selama-lamanya di bumi.​—Mazmur 37:9-11, 29.