Adakah Hanya Sekadar Salah Faham yang Kecil?
Seorang gadis kecil nampak kepulan asap yang bagaikan awan keluar dari sebuah kilang. Dia menyimpulkan bahawa kilang itu membuat awan. Salah faham yang kecil ini mungkin dianggap lucu. Namun, salah faham yang besar boleh memberikan kesan dalam kehidupan kita. Contohnya, seseorang yang silap terbaca arahan ubat boleh memudaratkan dirinya.
Salah faham tentang perkara rohani adalah lebih serius. Contohnya, terdapat orang yang salah faham terhadap ajaran Yesus. (Yohanes 6:48-68) Akhirnya, mereka enggan belajar dan menolak segala ajaran Yesus. Hal itu merugikan mereka!
Adakah anda membaca Bible untuk mendapat bimbingan? Usaha anda sangat bagus. Namun, mungkinkah anda salah faham tentang apa yang dibaca? Sebenarnya hal ini berlaku kepada ramai orang. Mari kita lihat tiga perkara yang disalahfahamkan oleh kebanyakan orang.
-
Sesetengah orang salah faham tentang perintah Bible untuk ‘takut akan Tuhan.’ Mereka menyangka bahawa mereka harus berasa sangat gentar terhadap Tuhan. (Ayub 25:2) Tetapi, Tuhan tidak ingin penyembah-Nya berasa begitu. Tuhan berkata, ‘Jangan takut kerana Aku menyertai kamu. Jangan cemas kerana Akulah Tuhan kamu. Aku akan menguatkan dan menolong kamu.’ (Yesaya 41:10) Takut akan Tuhan bermaksud memiliki perasaan kagum dan hormat yang mendalam terhadap-Nya.
-
Terdapat orang yang salah faham kata-kata Bible ini, “Ada waktu yang tertentu untuk segala sesuatu. . . . Ada waktu untuk lahir, dan ada waktu untuk mati.” Mereka menyimpulkan bahawa Tuhan sudah pun menentukan hidup mati seseorang. (Pengkhutbah 3:1, 2, NW) Tetapi, petikan itu sebenarnya menjelaskan bahawa kematian adalah lumrah kehidupan. Firman Tuhan juga memberitahu bahawa pilihan kita boleh mempengaruhi jangka hayat kita. Contohnya, Bible berkata, ‘Orang yang takut dan hormat kepada Yehuwa akan hidup lama.’ (Amsal 10:27; Mazmur 90:10; Yesaya 55:3) Mengapa? Hal ini demikian kerana jika kita menghormati Firman Tuhan, kita akan mengelakkan tabiat buruk seperti kemabukan dan perbuatan yang tidak bermoral.—1 Korintus 6:9, 10.
-
Ada orang yang salah faham terhadap kata-kata Bible bahawa langit dan bumi “dipelihara untuk dimusnahkan dengan api.” Mereka menyimpulkan bahawa Tuhan akan memusnahkan bumi. (2 Petrus 3:7) Tetapi, Tuhan telah berjanji bahawa Dia tidak akan membenarkan bumi dimusnahkan. Tuhan “telah mendirikan bumi kukuh pada asasnya; bumi tidak akan bergerak dari tempatnya buat selama-lamanya.” (Mazmur 104:5, NW; Yesaya 45:18) Sebenarnya, sistem dunia jahat ini akan dilenyapkan seperti “dimusnahkan dengan api,” dan bukannya bumi kita. Perkataan “langit” pula boleh merujuk kepada langit secara harfiah, alam semesta, atau tempat kediaman Tuhan, iaitu syurga. Semua ini tidak akan dibinasakan.
MENGAPA BIBLE KADANGKALA DISALAHFAHAMKAN?
Contoh-contoh yang disebut tadi menunjukkan bahawa ramai orang salah faham terhadap petikan Bible yang dibaca. Tetapi, mengapakah Tuhan mengizinkan hal itu berlaku? Sesetengah orang mungkin berfikir, “Jika Tuhan bijak dan tahu segala-galanya, Dia sebenarnya boleh memberi kita buku yang ditulis dengan sangat jelas agar semua orang senang memahaminya. Mengapa Dia tidak berbuat demikian?” Perhatikan tiga sebab mengapa Bible sering disalahfahamkan.
-
Bible direka agar difahami oleh mereka yang rendah hati dan ingin belajar. Yesus berkata Lukas 10:21) Bible ditulis agar mereka yang mempunyai sikap betul dapat memahami mesejnya. Orang yang mempunyai sikap angkuh seperti yang sering dimiliki oleh orang yang “bijak pandai” cenderung salah faham terhadap Bible. Tetapi orang yang membaca Bible dengan sikap rendah hati dan ingin belajar seperti “anak-anak muda” akan lebih senang memahami mesej Tuhan. Cara Tuhan mengarang Bible sungguh menakjubkan!
kepada Bapanya, “Aku memuji-Mu di hadapan umum, ya Bapa, Pemerintah langit dan bumi, kerana Engkau menyembunyikan hal-hal ini dengan cermat daripada orang yang bijak pandai dan menyingkapkannya kepada anak-anak muda.” ( -
Bible ditujukan kepada orang yang ingin memahaminya dengan bantuan Tuhan. Yesus menjelaskan bahawa orang memerlukan bantuan untuk benar-benar memahami apa yang diajarnya. Bagaimanakah mereka dibantu? Yesus berkata, “Penolong itu, iaitu daya aktif Tuhan, yang akan diutus oleh Bapa atas namaku akan mengajar kamu segala-galanya.” (Yohanes 14:26) Maka Tuhan memberikan daya aktif-Nya untuk membantu orang memahami apa yang dibaca dalam Bible. Namun, Tuhan tidak memberikan daya aktif kepada orang yang enggan bersandar pada-Nya. Oleh itu, mereka sukar memahami Bible. Daya aktif juga mendorong orang Kristian yang lebih berpengetahuan untuk membantu orang yang ingin memahami Bible.—Kisah 8:26-35.
-
Sesetengah petikan Bible hanya boleh difahami oleh manusia pada masa yang ditetapkan. Contohnya, Nabi Daniel diberitahu untuk menulis sebuah mesej tentang masa depan. Satu malaikat memberitahunya, “Hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman.” Berabad-abad kemudian, banyak orang telah membaca buku Daniel tetapi tidak memahaminya. Sebenarnya, Daniel sendiri pun tidak memahami sesetengah perkara yang ditulisnya. Dia dengan rendah hati mengakui, “Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya.” Secara beransur-ansur, manusia hanya akan memahami dengan tepat nubuat Tuhan yang ditulis oleh Daniel pada masa yang ditetapkan oleh Tuhan. Malaikat itu menjelaskan, “Hai Daniel, . . . kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.” Siapakah yang akan memahami mesej Tuhan? “Orang jahat tidak akan mengerti; . . . hanya orang bijaksana akan mengerti.” (Daniel 12:4, 8-10) Maka, Tuhan tidak menyingkapkan maksud sesetengah petikan Bible sehingga masa yang tepat tiba.
Pernahkah Saksi-Saksi Yehuwa salah faham tentang petikan Bible kerana masa yang ditetapkan belum tiba? Ya. Namun apabila sudah tiba masa yang ditetapkan Tuhan untuk memahaminya, para Saksi rela mengubah pemahaman mereka. Dengan berbuat demikian, mereka percaya bahawa mereka sedang meniru para rasul Kristus yang rendah hati mengubah pemikiran mereka apabila dibetulkan oleh Yesus.—Kisah 1:6, 7.
Kesimpulan gadis kecil tentang awan mungkin merupakan salah faham yang kecil. Namun, apa yang diajar Bible merupakan sesuatu yang sangat penting bagi anda dan tidak boleh difahami hanya dengan pembacaan peribadi. Maka, mintalah bantuan untuk memahami apa yang dibaca. Carilah orang yang mempelajari Bible dengan sikap rendah hati, orang yang bersandar pada daya aktif Tuhan untuk memahami Bible, dan orang yang yakin bahawa inilah masanya Tuhan ingin kita lebih memahami Bible. Jangan berasa segan untuk bercakap dengan Saksi-Saksi Yehuwa atau membaca hasil penyelidikan mereka dalam laman web jw.org/ms. Bible menggalakkan kita, ‘Mohonlah dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat pengetahuan tentang Tuhan.’—Amsal 2:3-5.