Apakah Pendapat Anda?
Dapatkah Bible membantu anda menjadi sahabat Tuhan?
SESETENGAH ORANG PERCAYA . . .
bahawa mereka tidak dapat menjadi sahabat Tuhan kerana mereka berdosa dan tidak suci. Ada yang berasa Tuhan tidak ambil peduli tentang kita. Apakah pendapat anda?
JAWAPAN BIBLE
Tuhan “akrab dengan orang yang melakukan apa yang benar.” (Amsal 3:32) Jika kita mentaati Tuhan, kita dapat menjadi sahabat-Nya.
HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE
Tuhan ingin menjadi Sahabat kita.—Yakobus 4:8.
Sebagai Sahabat kita, Tuhan bersedia membantu dan mengampuni kita.—Mazmur 86:5.
Sahabat Tuhan mencintai apa yang dicintai-Nya dan membenci apa yang dibenci-Nya.—Roma 12:9.