Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan

Kebenaran tentang Kerajaan Tuhan

Yesus mengajar murid-muridnya untuk berdoa, “Bapa kami yang di syurga, semoga nama-Mu disucikan. Datanglah Kerajaan-Mu. Semoga kehendak-Mu terlaksana di bumi seperti di syurga.” (Matius 6:9, 10) Apakah itu Kerajaan Tuhan? Apakah yang akan dilakukannya? Mengapakah kita harus berdoa agar Kerajaan Tuhan datang?

Yesus ialah Raja Kerajaan Tuhan.

Lukas 1:31-33: “Kamu harus menamakannya Yesus. Dia akan menjadi agung dan digelar Anak Tuhan Yang Maha Tinggi. Tuhan Yehuwa akan memberinya takhta [Daud], nenek moyangnya. Dia akan memerintah sebagai Raja . . . untuk selama-lamanya, dan Kerajaannya tidak akan berkesudahan.”

Mesej utama yang disebarkan oleh Yesus adalah tentang Kerajaan Tuhan.

Matius 9:35: “Yesus menjelajah ke semua kota dan pekan. Dia mengajar di rumah ibadat dan menyebarkan berita baik Kerajaan Tuhan. Dia juga menyembuhkan semua penyakit dan masalah kesihatan.”

Yesus memberitahu murid-muridnya tanda bahawa Kerajaan Tuhan akan memerintah tidak lama lagi.

Matius 24:7: “Satu bangsa akan menyerang bangsa yang lain, dan satu kerajaan akan menyerang kerajaan yang lain. Kebuluran dan gempa bumi akan terjadi secara berturut-turut di merata tempat.”

Kini, murid-murid Yesus menyebarkan berita tentang Kerajaan Tuhan di serata dunia.

Matius 24:14: “Berita baik tentang Kerajaan Tuhan akan disebarkan ke seluruh bumi sebagai kesaksian kepada semua bangsa. Kemudian, barulah akhir akan datang.”