Ada Banyak Mangsa Kebencian
Kebencian sudah merebak bagaikan pandemik.
Kini, semakin banyak perbuatan yang menunjukkan kebencian dilaporkan dalam berita dan media sosial. Sebagai contoh, ramai yang menggunakan Internet dan surat untuk meluahkan rasa benci mereka, dan ada juga yang bertindak ganas terhadap golongan tertentu. Banyak orang menjadi mangsa akibat prasangka dan vandalisme, diejek, dihina, dan diugut. Sememangnya, mangsa kebencian terdapat di mana-mana sahaja!
Namun, kitaran kebencian dapat diputuskan. Hal itu bukanlah mimpi. Majalah ini menjelaskan beberapa cara untuk menyingkirkan kebencian. Cara-cara ini telah membantu ramai orang di serata dunia untuk mengubah kehidupan mereka.