Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Kita Dapat Menghentikan Kebencian!

Kita Dapat Menghentikan Kebencian!

Pernahkah anda menjadi mangsa kebencian?

Walaupun tidak, anda mungkin pernah melihat orang lain yang menjadi mangsa kebencian. Laman berita penuh dengan laporan tentang kebencian terhadap orang dari negara atau kaum tertentu, atau terhadap golongan homoseksual. Akibatnya, banyak kerajaan meluluskan undang-undang untuk membanteras jenayah kebencian.

Kebencian sering dibalas dengan kebencian. Akibatnya, muncullah kitaran kebencian yang berterusan.

Anda mungkin pernah menjadi mangsa prasangka, dipandang serong kerana latar belakang anda (pandangan stereotaip), diejek, dihina, dan diugut. Namun, rasa benci sering ditunjukkan melalui tindakan yang agresif, seperti membuli, merosakkan harta benda, menyerang seseorang secara fizikal, merogol, membunuh, atau bahkan melakukan pembunuhan kaum.

Majalah ini akan menjawab soalan-soalan berikut:

  • Mengapakah dunia ini penuh dengan kebencian?

  • Bagaimanakah kita dapat memutuskan kitaran kebencian?

  • Dapatkah kebencian dilenyapkan buat selama-lamanya, dan bagaimana?