Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

MENARA PENGAWAL No. 1 2023 | Kesihatan Mental—​Bible Dapat Membantu Anda

Masalah kesihatan mental mempengaruhi jutaan orang di serata dunia, tanpa mengira usia, keadaan kewangan, tahap pendidikan, suku, kaum, dan agama. Apakah itu masalah kesihatan mental? Bagaimanakah masalah ini mempengaruhi orang? Majalah ini akan membincangkan pentingnya mendapatkan rawatan perubatan dan bagaimana nasihat Bible dapat membantu orang yang menghadapi masalah kesihatan mental.

 

Krisis Kesihatan Mental

Masalah gangguan mental dapat mempengaruhi orang daripada semua lapisan umur dan latar belakang. Lihat bagaimana nasihat Bible dapat membantu anda.

Tuhan Prihatin terhadap Anda

Mengapakah anda dapat yakin bahawa Tuhan Yehuwa jauh lebih memahami fikiran dan perasaan anda berbanding orang lain?

1 | Doa—“Lemparkanlah Segala Kekhuatiran Kamu kepada Tuhan”

Bolehkah anda berdoa kepada Tuhan bila-bila sahaja anda berasa khuatir dan gelisah? Bagaimanakah doa dapat membantu orang yang mengalami masalah keresahan?

2 | “Ayat-Ayat Suci Melegakan Hati Kita”

Bible memberi kita harapan bahawa penderitaan emosi akan dilenyapkan tidak lama lagi.

3 | Belajar daripada Watak-Watak Bible

Kisah tentang lelaki dan wanita yang setia yang mempunyai perasaan seperti kita akan bantu kita sedar bahawa kita tidak keseorangan semasa berdepan dengan keresahan dan gangguan emosi.

4 | Bible Memberikan Nasihat yang Praktikal

Lihat bagaimana merenungkan ayat Bible dan menetapkan matlamat yang mampu anda capai dapat membantu anda menangani masalah kesihatan mental.

Cara Membantu Mereka yang Menderita Masalah Kesihatan Mental

Sokongan anda amat penting bagi sahabat yang menderita masalah kesihatan mental.