Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Atas: Petikan buku Yesaya dalam Gulungan Laut Mati. Bawah: Terjemahan bahasa Arab untuk petikan yang sama. Kandungan Firman Tuhan tidak berubah

Adakah Firman Tuhan Telah Diubah?

Adakah Firman Tuhan Telah Diubah?

Sesetengah orang berasa bahawa Firman Tuhan mungkin sudah diubah, tetapi Yesaya menulis bahawa Firman Tuhan “kekal buat selama-lamanya.” (Yesaya 40:8) Mengapakah kita dapat yakin bahawa apa yang kita baca dalam Firman Tuhan merupakan mesej asal daripada Tuhan?

Tuhan mempunyai kuasa untuk melindungi Firman-Nya agar kandungannya tidak dicemari. Pada zaman kuno, semasa menyalin Ayat-Ayat Suci, para jurutulis akan mengira setiap huruf yang disalin dan memastikan agar tiada apa-apa yang ditambah, diubah, atau dikeluarkan. Namun, jurutulis pun orang yang tidak sempurna, jadi kesilapan yang kecil masih berlaku.

MENGAPAKAH KITA DAPAT YAKIN BAHAWA AYAT-AYAT SUCI HARI INI MENGANDUNGI MESEJ ASAL DARIPADA TUHAN?

Para jurutulis telah menghasilkan ribuan salinan Ayat-Ayat Suci. Jadi, jika terdapat apa-apa perbezaan dalam salah satu salinan, salinan itu dapat dibandingkan dengan salinan lain untuk memastikan ketepatannya.​—Untuk maklumat lanjut, lihat rencana “Adakah Kandungan Bible Telah Diubah?” di jw.org/ms.

Fikirkan contoh Gulungan Laut Mati, yang ditemui pada tahun 1947 dalam gua yang terletak berhampiran Laut Mati. Gulungan itu berusia lebih daripada 2,000 tahun dan mengandungi sebahagian daripada Ayat-Ayat Suci. Apakah yang didapati pakar setelah membandingkan gulungan itu dengan Ayat-Ayat Suci hari ini?

Selepas mengkaji salinan-salinan kuno, mereka mendapati bahawa kandungan Ayat-Ayat Suci hari ini adalah sama dengan tulisan yang asal. * Jelaslah, Tuhan telah memastikan agar mesej-Nya yang asal dipelihara sehingga hari ini.

Oleh itu, kita dapat percaya sepenuhnya bahawa kandungan Firman Tuhan adalah tepat dan benar. Sekarang, mari kita lihat apa yang dapat kita pelajari tentang Tuhan daripada para utusan-Nya.

^ per. 7 The Complete Dead Sea Scrolls in English, ditulis oleh Geza Vermes, muka surat 16.