Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anda Dapat Menikmati Berkat yang Berkekalan daripada Tuhan yang Pengasih

Anda Dapat Menikmati Berkat yang Berkekalan daripada Tuhan yang Pengasih
  • Adakah anda menginginkan dunia yang bebas daripada peperangan, keganasan, dan permusuhan?

  • Adakah anda berharap agar kita tidak akan jatuh sakit, menderita, atau mati lagi?

  • Adakah anda ingin bebas daripada rasa bimbang dan khuatir?

  • Adakah anda ingin hidup di tempat yang bebas daripada bencana alam?

Tuhan kita yang pengasih, Pencipta bumi kita, telah berjanji untuk merahmati manusia dan mengurniai kita kehidupan yang damai dan bahagia buat selama-lamanya. Janji ini bukan sekadar mimpi.

Dalam rencana-rencana berikutnya, sila perhatikan hal-hal berikut:

  • Perasaan Pencipta kita terhadap manusia

  • Apa yang dinyatakan dalam Firman Tuhan

  • Apa yang dikatakan para utusan Tuhan tentang berkat yang dijanjikan-Nya

  • Apa yang dapat kita lakukan untuk hidup bahagia sekarang dan untuk menerima berkat yang berkekalan pada masa depan

Sekarang, mari kita lihat bagaimana Pencipta kita menunjukkan kasih-Nya terhadap umat manusia.