Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

‘Bumi akan mengeluarkan hasilnya, kerana Tuhan kita akan memberkati kita.’​—MAZMUR 67:6

Diberkati oleh Pencipta Kita buat Selama-Lamanya

Diberkati oleh Pencipta Kita buat Selama-Lamanya

Tuhan berjanji kepada Abraham bahawa salah seorang daripada keturunannya akan membawa berkat kepada “semua bangsa di bumi.” (Kejadian 22:18) Siapakah keturunan itu?

Hampir 2,000 tahun yang lalu, Tuhan telah memberi Yesus, seorang keturunan Abraham, kuasa untuk melakukan mukjizat. Hal itu menunjukkan bahawa berkat yang dijanjikan Tuhan kepada Abraham akan diterima oleh bangsa-bangsa melalui Yesus.​—Galatia 3:14.

Mukjizat yang dilakukan oleh Yesus membuktikan bahawa dialah yang dipilih oleh Tuhan untuk memberkati manusia. Mukjizat-mukjizat itu juga menunjukkan bagaimana Tuhan akan menggunakan Yesus untuk membawa berkat yang kekal kepada manusia. Perhatikan bagaimana mukjizat Yesus menunjukkan sifat-sifatnya.

Lemah Lembut​—Yesus menyembuhkan orang sakit.

Apabila seorang pesakit kusta merayu kepada Yesus untuk menyembuhkannya, Yesus menyentuhnya dan berkata, “Aku rela.” Dengan serta-merta, pesakit kusta itu sembuh.​—Markus 1:40-42.

Murah Hati​—Yesus memberikan makanan kepada orang yang lapar.

Lebih daripada sekali, Yesus memberikan makanan kepada ribuan orang dengan hanya menggunakan beberapa ketul roti dan beberapa ekor ikan. (Matius 14:17-21; 15:32-38) Selepas semua orang makan sehingga kenyang, masih terdapat banyak baki makanan.

Belas Kasihan​—Yesus membangkitkan orang mati.

Yesus “berasa kasihan” terhadap seorang balu yang kehilangan tempat bergantungnya, lalu membangkitkan anak tunggal balu itu.​—Lukas 7:12-15.