Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Anda Dapat Memilih Masa Depan Anda

Anda Dapat Memilih Masa Depan Anda

Sekitar 3,500 tahun lalu, Tuhan Yehuwa memberitahu penyembah-Nya apa yang mereka harus lakukan untuk mendapat masa depan yang baik: “Aku memberi kamu dua pilihan, iaitu pilihan antara kehidupan dengan kematian, dan antara berkat dengan kutukan. Kamu harus memilih kehidupan supaya kamu dan keturunan kamu dapat tetap hidup.”​—Ulangan 30:19.

Untuk memiliki masa depan yang cerah, penyembah Tuhan pada zaman dahulu harus membuat pilihan yang betul. Begitu juga dengan kita. Bible menjelaskan bagaimana kita dapat memilih masa depan yang baik: “Kamu harus mengasihi Yehuwa, Tuhan kamu, dan mematuhi firman-Nya.”​Ulangan 30:20.

BAGAIMANAKAH KITA DAPAT MENGASIHI YEHUWA DAN MENDENGARKAN-NYA?

BELAJAR DARIPADA BIBLE: Untuk mengasihi Yehuwa, anda harus mempelajari tentang-Nya daripada Bible terlebih dahulu. Apabila anda melakukannya, anda akan belajar bahawa Yehuwa ialah Tuhan yang pengasih, yang sentiasa inginkan yang terbaik bagi anda. Dia menjemput anda untuk berdoa kepada-Nya kerana ‘Dia mengambil berat tentang anda.’ (1 Petrus 5:7) Bible berjanji bahawa jika anda berusaha untuk menghampiri-Nya, “Dia pun akan menghampiri kamu.”​—Yakobus 4:8.

GUNAKAN APA YANG ANDA PELAJARI: Mendengar cakap Tuhan bererti mengikut nasihat-Nya yang bijak dalam Bible. Seraya anda melakukannya, anda “akan berjaya dan bertindak dengan bijak.”​—Yosua 1:8.