Tetap Neutral dalam Dunia yang Berpecah Belah
“Berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.”—MAT. 22:21.
LAGU: 33, 137
1. Bagaimanakah kita dapat mentaati Tuhan dan pemerintah manusia?
BIBLE mengajar kita untuk mentaati kerajaan manusia. Namun, Bible juga mengajar kita untuk mengutamakan kepatuhan kepada Tuhan. (Kis. 5:29; Tit. 3:1) Bagaimanakah kita melakukan hal ini? Yesus menerangkan prinsip yang membantu kita untuk mengetahui siapa yang harus dipatuhi. Yesus berkata, “Berikanlah milik Kaisar kepada Kaisar, tetapi berikanlah milik Tuhan kepada Tuhan.” [1] (Mat. 22:21) Kita memberikan “milik Kaisar kepada Kaisar” dengan mematuhi undang-undang kerajaan, menghormati pegawai kerajaan, dan membayar cukai. (Rm. 13:7) Namun jika kerajaan menyuruh kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Tuhan, kita akan menolak dalam cara yang hormat.
2. Bagaimanakah kita berpendirian neutral dalam hal politik?
2 Satu cara kita memberikan “milik Tuhan kepada Tuhan” adalah dengan tetap neutral dalam hal politik. (Yes. 2:4) Memandangkan Yehuwa membenarkan kerajaan manusia untuk memerintah, kita tidak menentang mereka. Kita juga tidak terlibat dalam aktiviti patriotik atau kebangsaan. (Rm. 13:1, 2) Kita tidak mengundi, menjadi ahli politik, mengubah kerajaan, atau mempengaruhi ahli politik.
3. Mengapakah kita mesti bersikap neutral?
3 Ada banyak sebab mengapa Tuhan ingin kita neutral. Salah satu sebab adalah kerana kita meniru Yesus yang “bukan sebahagian daripada dunia.” Dia tidak terlibat dalam hal politik atau peperangan. (Yoh. 6:15; 17:16) Selain itu, kita menyokong Kerajaan Tuhan dan bukannya kerajaan manusia. Maka, kita mempunyai hati nurani yang murni apabila kita menginjil bahawa hanya Kerajaan Tuhan yang dapat menyelesaikan segala masalah manusia. Agama palsu terlibat dalam hal politik dan menyebabkan orang berpecah belah. Namun, kita bersikap neutral dan hal ini menyatupadukan saudara saudari di serata dunia.—1 Ptr. 2:17.
4. (a) Mengapakah kita akan berasa semakin susah untuk tetap neutral? (b) Mengapakah kita harus bersiap sedia sekarang untuk tetap neutral?
4 Kita mungkin hidup di tempat yang tiada pergolakan politik. Namun semakin kita mendekat kepada akhir dunia Syaitan, semakin susah bagi kita untuk tetap neutral. Hari ini orang “tidak mahu dibawa berbincang,” “keras kepala,” dan semakin berpecah belah. (2 Tim. 3:3, 4) Sesetengah rakan seiman mengalami cabaran akibat pergolakan politik di negara mereka. Maka kita harus bersiap sedia untuk mengekalkan keneutralan semasa menghadapi cabaran. Mari kita lihat empat cara untuk melakukannya.
MEMILIKI PANDANGAN YEHUWA TERHADAP KERAJAAN MANUSIA
5. Apakah pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia?
5 Salah satu cara untuk tetap neutral adalah dengan memiliki pandangan Yehuwa terhadap kerajaan manusia. Semasa menciptakan manusia, Yehuwa tidak memberi mereka hak untuk memerintah. (Yer. 10:23) Tuhan memandang umat manusia sebagai sebuah keluarga. Tetapi kerajaan manusia memecahbelahkan orang kerana mereka berpendapat bahawa bangsa merekalah yang terbaik. Walaupun ada kerajaan yang nampaknya baik, mereka tidak dapat menyelesaikan segala masalah dunia. Mereka juga menjadi musuh Kerajaan Tuhan yang memerintah sejak tahun 1914. Tidak lama lagi Kerajaan Tuhan akan memusnahkan semua kerajaan manusia.—Baca Mazmur 2:2, 7-9.
6. Bagaimanakah kita harus memperlakukan pihak berkuasa?
6 Tuhan membenarkan kerajaan manusia wujud kerana mereka dapat mengekalkan kedamaian hingga tahap tertentu. Dengan demikian, kita dapat menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan. (Rm. 13:3, 4) Tuhan bahkan ingin kita berdoa bagi pihak pemerintah supaya kita dapat beribadat kepada-Nya dengan bebas. (1 Tim. 2:1, 2) Jika kita dilayan dengan tidak adil, kita boleh meminta bantuan daripada pihak berkuasa. Itulah yang dilakukan oleh Paulus. (Kis. 25:11) Walaupun Bible menyatakan bahawa Syaitan sedang mengawal kerajaan manusia, dia tidak mengawal setiap individu yang berkuasa. (Luk. 4:5, 6) Jadi, kita tidak patut memberikan tanggapan bahawa seorang pegawai kerajaan dikuasai oleh Iblis. Kita juga “tidak memburuk-burukkan sesiapa pun.”—Tit. 3:1, 2.
7. Apakah pemikiran yang harus dielakkan?
7 Kita mentaati Tuhan dengan tidak menyokong mana-mana ahli politik, walaupun pendapat atau cadangan mereka dapat memberikan manfaat kepada Ef. 2:2) Kita harus bersikap neutral bukan hanya melalui kata-kata atau perbuatan, tetapi juga perasaan kita.
kita. Ada kalanya, tidak mudah untuk berbuat demikian. Bayangkan terdapat pemberontakan terhadap sebuah kerajaan yang menyebabkan banyak kesengsaraan, bahkan terhadap Saksi-Saksi Yehuwa. Sudah tentu anda tidak akan menyertai orang yang memberontak. Tetapi, adakah anda berfikir bahawa apa yang dilakukan oleh mereka itu patut dan berharap agar mereka berjaya? (HARUS “WASPADA” DAN “TULUS HATI”
8. Bagaimanakah kita boleh “waspada” dan “tulus hati” semasa menghadapi cabaran yang melibatkan keneutralan?
8 Cara kedua untuk tetap neutral adalah dengan “waspada seperti ular dan tulus hati seperti burung merpati.” (Baca Matius 10:16, 17.) Kita ‘berwaspada’ apabila kita memikirkan cabaran yang bakal dihadapi. Kita menunjukkan bahawa kita “tulus hati” dengan berpendirian neutral walaupun menghadapi cabaran. Mari kita bincangkan beberapa situasi tersebut dan bagaimana kita dapat tetap neutral.
9. Bagaimanakah kita boleh berwaspada dalam percakapan kita?
9 Percakapan. Kita harus berwaspada apabila orang bercakap tentang isu politik. Contohnya, apabila kita menginjil tentang Kerajaan Tuhan, kita tidak membantah atau menyokong pendapat parti atau pemimpin politik. Anda tidak perlu membincangkan tindakan manusia untuk menyelesaikan masalah dunia. Sebaliknya, tunjuklah ayat Bible tentang cara Kerajaan Tuhan akan menyelesaikannya. Jika orang ingin berdebat tentang isu rasuah, atau pendatang haram, beritahulah mereka tentang pandangan Tuhan dan cara anda berusaha untuk hidup selaras dengan pandangan-Nya. Jika seseorang berkata bahawa sesetengah undang-undang patut dibubarkan atau diubah, kita harus berpendirian neutral. Kita juga tidak akan berkeras untuk menukar pandangan orang itu.
10. Bagaimanakah kita boleh tetap neutral semasa membaca atau mendengar apa yang disampaikan dalam berita?
10 Berita. Kadangkala, berita yang disampaikan terlalu menyokong pihak tertentu. Hal ini biasa berlaku di mana agensi berita dikawal oleh kerajaan tempatan. Jika wartawan atau agensi berita menyebelahi suatu pihak, kita harus berwaspada supaya tidak terikut-ikut dengan pandangan mereka. Tanyalah diri, “Adakah saya suka mendengar berita daripada wartawan tertentu kerana saya setuju dengan pendapatnya mengenai hal politik?” Untuk tetap neutral, kita tidak harus menonton atau membaca berita yang menyebelahi mana-mana pihak. Cubalah cari berita yang tidak menyokong pihak tertentu. Bandingkan berita itu dengan “piawaian kata-kata sihat” yang terkandung dalam Bible.—2 Tim. 1:13.
11. Jika kita terlalu mementingkan kebendaan, mengapakah kita akan berasa susah untuk tetap neutral?
11 Kebendaan. Kita mungkin berasa susah untuk berpendirian neutral jika kita mencintai wang dan harta benda. Selepas tahun 1970, ramai Saksi di Malawi yang enggan menyertai parti politik terpaksa meninggalkan segala yang dimiliki oleh mereka. Namun, sesetengah daripada mereka tidak rela melepaskan gaya hidup yang selesa. Saudari Ruth berkata, “Ada yang menjadi pelarian. Tetapi Ibr. 10:34.
kemudian mereka menyertai parti politik dan kembali ke rumah kerana tidak sanggup hidup susah di kem pelarian.” Namun kebanyakan umat Tuhan tidak bertindak begitu. Mereka tetap neutral walaupun mengalami kerugian secara kewangan atau kehilangan harta benda.—12, 13. (a) Apakah pandangan Yehuwa terhadap manusia? (b) Bagaimanakah kita boleh mengetahui jika kita berasa terlalu bangga tentang negara kita?
12 Perasaan bangga. Orang biasanya bangga atau bercakap besar tentang kaum, suku, budaya, kota, atau negara mereka. Tetapi Yehuwa tidak menganggap bahawa seseorang atau sekumpulan orang lebih baik daripada yang lain. Bagi Tuhan, semua orang sama rata. Yehuwa telah mengurniai setiap orang ciri-ciri yang unik, dan kepelbagaian itu memang sesuatu yang indah. Yehuwa tidak mahu kita meninggalkan budaya kita. Namun, Dia juga tidak ingin kita berasa lebih baik daripada orang lain.—Rm. 10:12.
13 Kita tidak harus menganggap negara atau bangsa kita lebih baik daripada yang lain. Jika kita memiliki perasaan bangga sebegini, susah bagi kita untuk neutral. Hal ini berlaku pada abad pertama. Sesetengah saudara Ibrani bertindak tidak adil terhadap balu yang berbangsa Yunani. (Kis. 6:1) Bagaimanakah kita tahu jika kita mempunyai perasaan sebegini? Bayangkan saudara atau saudari dari negara lain memberi anda cadangan. Adakah anda berfikir, “Cara kami lebih baik daripada cara kamu,” lalu menolak cadangan itu? Ingatlah nasihat Bible: “Dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri kamu sendiri.”—Flp. 2:3.
YEHUWA AKAN MEMBANTU ANDA
14. Bagaimanakah doa membantu kita? Apakah contoh Bible yang membuktikan hal ini?
14 Cara ketiga untuk tetap neutral adalah dengan bergantung kepada Yehuwa. Mintalah daya aktif Tuhan membantu anda bersabar dan mengawal diri jika pihak kerajaan melakukan sesuatu yang tidak jujur atau tidak adil. Mohonlah kebijaksanaan daripada Yehuwa supaya anda dapat mengetahui situasi yang akan menguji keneutralan anda. Mintalah bantuan-Nya untuk melakukan apa yang benar dalam situasi tersebut. (Yak. 1:5) Anda mungkin dipenjarakan atau dihukum kerana setia kepada Yehuwa. Jika hal itu berlaku, berdoalah memohon keberanian untuk menjelaskan pendirian anda. Yehuwa tentu membantu anda untuk bertabah.—Baca Kisah 4:27-31.
15. Bagaimanakah Bible membantu kita untuk tetap neutral? (Lihat juga kotak, “Firman Tuhan Menguatkan Tekad Mereka.”)
15 Yehuwa menguatkan kita menerusi Bible. Renungkan ayat-ayat Bible yang akan membantu anda tetap neutral. Cubalah ingat ayat-ayat tersebut untuk membantu anda jika anda tidak dibenarkan memiliki Bible. Bible juga menguatkan harapan yang Tuhan janjikan bagi masa depan. Kita memerlukan harapan ini untuk bertabah. (Rm. 8:25) Pilihlah ayat Bible yang menggambarkan perkara yang ingin dinikmati di dunia baru dan bayangkan diri anda di sana.
BELAJAR DARIPADA HAMBA YEHUWA YANG SETIA
16, 17. Apakah yang dapat kita pelajari daripada hamba Tuhan yang tetap neutral? (Lihat gambar pada permulaan rencana.)
16 Cara keempat yang membantu kita neutral ialah merenungkan contoh hamba Daniel 3:16-18.) Kisah Bible ini membantu ramai Saksi untuk berani dan tidak menabik bendera negara mereka. Yesus tidak terlibat dalam hal politik atau isu lain yang memecahbelahkan orang. Dia tahu bahawa teladannya akan membantu pengikutnya. Dia berkata, “Teguhkanlah hati kamu! Aku sudah menakluki dunia.”—Yoh. 16:33.
Yehuwa yang setia. Pada zaman Bible, mereka bertindak bijak dan berpendirian neutral. Fikirkan contoh Sadrakh, Mesakh, dan Abednego yang enggan menyembah patung yang melambangkan kerajaan Babilon. (Baca17 Ramai Saksi berpendirian neutral hari ini. Ada yang diseksa, dipenjarakan, dan dibunuh kerana setia kepada Yehuwa. Teladan mereka membantu kita untuk berani. Seorang saudara dari Turki berkata, “Franz Reiter ialah seorang saudara muda yang dihukum mati kerana enggan menyertai tentera Hitler. Dia menulis surat kepada ibunya pada malam sebelum dia meninggal. Surat itu menunjukkan iman dan keyakinannya terhadap Yehuwa. Jika saya mengalami cabaran yang sama, saya ingin meniru teladannya.” [2]
18, 19. (a) Bagaimanakah ahli dalam sidang anda dapat membantu anda untuk tetap neutral? (b) Apakah sepatutnya tekad anda?
18 Saudara saudari dapat membantu anda tetap neutral. Beritahulah para penatua jika anda mengalami situasi mencabar. Mereka dapat mengongsi nasihat Bible dengan anda. Jika saudara saudari mengetahui situasi anda, mereka dapat menggalakkan anda. Mintalah mereka berdoa bagi pihak anda. Namun, kita juga perlu menyokong rakan seiman dengan berdoa bagi mereka. (Mat. 7:12) Di jw.org/id, anda boleh mengetahui nama saudara saudari yang dipenjarakan. Sila lihat bahagian RUANG BERITA > BERITA HUKUM. Kemudian, klik di rencana “Saksi-Saksi Yehuwa yang Dipenjarakan Karena Iman Mereka—Menurut Lokasi.” Anda boleh memilih beberapa nama di sana dan meminta Yehuwa menguatkan mereka untuk tetap setia kepada-Nya.—Ef. 6:19, 20.
19 Akhir semakin dekat, dan kerajaan manusia akan memberi kita tekanan untuk berpihak kepada mereka. Maka, adalah sangat penting untuk membuat persediaan sekarang supaya kita tetap neutral di dunia yang berpecah belah!
^ [1] (perenggan 1) Semasa menyebut tentang Kaisar, Yesus sedang merujuk kepada kerajaan manusia. Pada zaman Yesus, Kaisar merupakan pemerintah manusia yang tertinggi.
^ [2] (perenggan 17) Lihat buku Saksi-Saksi Yehuwa—Pemberita Kerajaan Tuhan, muka surat 662 dalam bahasa Indonesia, dan kotak “Dia Mati untuk Memuliakan Tuhan,” bab 14 dalam buku Kerajaan Tuhan Kini Memerintah!